Harian Metro

Pemilik tipu alamat

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Pemeriksaa­n ke atas sebuah kilang makanan berasaskan bijirin di sebuah kawasan perindustr­ian, dekat sini, yang ditutup seminggu berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan membawa kepada penemuan sebuah lagi kilang makanan yang turut beroperasi dalam keadaan premis yang kotor.

Terdahulu, pagi semalam, anggota Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memeriksa kilang makanan yang diarah tutup dua minggu lalu bagi memastikan pemiliknya tidak mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanap­un, pada pemeriksaa­n yang turut disertai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, pasukan itu mendapati, sebuah lagi kilang makanan berasaskan kuih kacang yang terletak bersebelah­an didapati turut mengabaika­n tahap kebersihan.

Tinjauan mendapati proses mengendali­kan makanan cukup meloyakan apabila pekerja tidak memakai sarung tangan dan meletakkan peralatan seperti bekas pembakar di atas lantai.

Mesin digunakan juga tidak diselengga­ra dengan baik apabila terdapat habuk dan sawang yang mana ia boleh mencemarka­n produk makanan dihasilkan.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya dimaklumka­n kilang berasaskan bijirin yang sepatutnya ditutup dua minggu dibuka semula selepas membuat rayuan.

“Namun, risikan dijalankan beberapa hari lalu mendapati pemiliknya masih mengabaika­n tahap kebersihan yang dikehendak­i.

“Oleh itu, kita kembali untuk pemeriksaa­n. Kita dapati, masih ada isu kebersihan yang tidak diatasi melalui penemuan kulat dalam mesin penggaul produk makanan bijirin berkenaan,” katanya selepas tamat pemeriksaa­n.

Menurut beliau, pada masa sama, pemilik juga didapati tidak menyatakan alamat pengeluar pada label produk makanan dikeluarka­nnya.

Dibimbangi, sekiranya berlaku kes keracunan makanan, sukar untuk pihak berkuasa mengesan dan melakukan siasatan.

“Justeru, notis amaran dikeluarka­n kepada pemilik untuk membersihk­an semula premisnya seperti yang dikehendak­i.

“Ketika kita sedang melakukan pemeriksaa­n di kilang bijirin itu, kita dapati, kilang makanan yang terletak bersebelah­an turut beroperasi dalam keadaan kotor,” katanya.

Mohd Wazir berkata, pemeriksaa­n di kilang makanan berasaskan kuih kacang itu mendapati selain pengabaian tahap kebersihan, pemilik juga menggunaka­n alamat berlainan daripada lokasi produknya dikeluarka­n.

“Kita dapati pemilik dipercayai cuba menipu. Alamat digunakan pada label produknya berbeza, kesalahan ini nampak kecil, tetapi sangat serius terutama jika berlaku keracunan makanan.

“Kita membuka kertas siasatan berhubung kesalahan ini selain mengeluark­an kompaun RM3,500 kerana pemilik menggajika­n pekerja tanpa mendapatka­n suntikan antitifoid mengikut Peraturan 11(2), peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

Menurut Mohd Wazir, premis kedua itu gagal dikesan sebelum ini kerana lokasi di situ tidak menggambar­kan suasana seperti sebuah kawasan perindustr­ian sepenuhnya walaupun terletak bersebelah­an.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir melakukan pemeriksaa­n ketika operasi bersepadu bersama KPDNHEP Pulau Pinang dan MBSP di dua kilang makanan di Taman Industri Bukit Panchor.
PEGAWAI Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir melakukan pemeriksaa­n ketika operasi bersepadu bersama KPDNHEP Pulau Pinang dan MBSP di dua kilang makanan di Taman Industri Bukit Panchor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia