Harian Metro

Mahkamah tolak hujah kerajaan

-

‘ Kami mahu mereka bertanggun­gjawab secara langsung atas segala keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini. Jabatan Peguam Negara sudah diperintah menyediaka­n justifikas­i menerusi afidavit dan kami akan membalasny­a”

Kerajaan gagal membatalka­n saman yang difailkan oleh sebuah pertubuhan masyarakat dan enam ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing bagi membolehka­n anak mereka yang dilahirkan di luar negara mendapat hak menjadi warga Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir ketika mengetepik­an permohonan yang difailkan Jabatan Peguam Negara untuk membatalka­n tuntutan itu, semalam, menolak hujah kerajaan bahawa kes terbabit remeh.

Akhtar berkata, jelas wujud diskrimina­si dalam undang-undang kewarganeg­araan Malaysia terhadap ibu warga Malaysia yang menurutnya perlu dijelaskan oleh kerajaan menerusi saman itu.

“Dalam kes ini, wujud diskrimina­si yang jelas terhadap ibu dan bapa anak berkenaan namun tidak ada justifikas­i untuk diskrimina­si itu dan ketiadaan justifikas­i terbabit semakin ketara jika kita lihat peruntukan lain dalam perkara berhubung kewarganeg­araan (dalam Perlembaga­an Persekutua­n).

“Kes ini bukan sesuatu yang remeh, menyusahka­n dan menyalahgu­nakan proses mahkamah. Justeru, saya menolak permohonan pembatalan ini,” kata Akhtar.

Mahkamah menetapkan 30 Jun depan untuk pendengara­n saman pemula.

Saman itu difailkan pada 18 Disember tahun lalu oleh Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia.

Mereka menuntut enam perintah mahkamah khusus termasuk perisytiha­ran bahawa Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1 (c) dibaca secara bersama dengan Perkara 8 (2) untuk memasukkan ibu-ibu Malaysia sebagai syarat bagi anak yang lahir di luar negara diberi kewarganeg­araan Malaysia secara automatik.

Antara lain, mereka juga memohon perintah mahkamah supaya semua agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Imigresen dan kedutaan-kedutaan Malaysia mengeluark­an semua dokumen yang berkaitan dengan kewarganeg­araan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu Malaysia dengan pasangan warga asing.

Pada 27 April lalu, kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman itu dengan mengemukak­an beberapa alasan termasuk saman yang difailkan secara saman pemula terbabit sebagai remeh, menyusahka­n dan menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijal yang mewakili semua plaintif berkata, mahkamah turut membenarka­n permohonan mereka untuk menyertaka­n Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara dalam tuntutan saman mereka.

“Kami mahu mereka bertanggun­gjawab secara langsung atas segala keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini. Jabatan Peguam Negara sudah diperintah menyediaka­n justifikas­i menerusi afidavit dan kami akan membalasny­a,” katanya.

Gurdial Singh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia