Harian Metro

Sudah milik kilang sendiri

Dua mahasiswa jana pendapatan lumayan produk perencah oden dapat sambutan hangat

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmeto.com.my

Platform laman sosial dimanfaatk­an dua sahabat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu ternyata memberi hasil lumayan apabila mereka kini mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan menerusi perniagaan perencah King Oden segera.

Mereka yang juga penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Wan Azehan Helmi Wan Abdul Halim dan rakan kongsinya, Imer Jibril Mohd Nasir yang masing-masing berusia 24 tahun mengusahak­an perniagaan itu sejak lebih setahun lalu dan mendapat permintaan tinggi sehingga berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk Indonesia dan Singapura.

Lebih membanggak­an, kerja keras Wan Azehan Helmi yang juga penuntut tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an dan Perniagaan (Perdaganga­n) dan Imer Jibril yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang sama kini sudah berjaya memiliki sebuah kilang pemprosesa­n di Bachok pada Mac lalu.

Wan Azehan Helmi berkata pada awalnya mereka bermula dengan menjual oden sedia dimakan di tapak gerai keusahawan­an pelajar disewa di bawah seliaan Pusat Pembanguna­n Pendidikan Keusahawan­an (CEED), Institut Kesahawana­n UMK (UMKEI) yang terletak di UMK Pengkalan Chepa pada 2019.

“Pada ketika itu, hasil jualan oden diusahakan secara kecil-kecilan mendapat sambutan dalam kalangan penuntut namun setiap kali cuti semester, hasil jualan kami terjejas berikutan ketiadaan pelajar di kampus.

“Sejak itu, saya dan Imer Jibril mula mendapat idea untuk mengkomers­ialkan produk perencah oden segera dengan jenama King Oden secara paket bagi mengembang­kan lagi pasaran perniagaan kami.

“Alhamdulil­lah, strategi kami membuahkan hasil apabila mampu menjual 30,000 hingga 40,000 paket King Oden yang diedarkan di seluruh negara setiap bulan melalui 500 ejen dilantik bagi pasaran secara dalam talian serta dan offline,” katanya ketika ditemui di Kampung Salor.

Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, sebelum perencah oden dijual dan dipasarkan, mereka beberapa kali membuat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi memastikan produk makanan dihasilkan terjamin serta berkualiti tinggi.

Katanya, walaupun tidak memiliki kepakaran memasak, mereka menggunaka­n resipi diadun dengan rempah ratus segar dan sensasi asli tomyam sehingga berjaya menghasilk­an pes oden digemari ramai.

“Kami menjual perencah King Oden ini dengan harga RM10 bagi satu pek dan mempunyai tiga perisa iaitu asli, pedas dan asam laksa yang mampu bertahan dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan.

“Perencah oden itu menerima sambutan luar biasa sehinggala­h stok pengeluara­nnya habis dalam tempoh singkat,” katanya.

 ?? - Bernama ?? AZEHAN (kiri) bersama Imer Jibril menunjukka­n perencah oden keluaran mereka di kedai King Oden milik mereka di Jalan Salor Lama.
- Bernama AZEHAN (kiri) bersama Imer Jibril menunjukka­n perencah oden keluaran mereka di kedai King Oden milik mereka di Jalan Salor Lama.
 ??  ?? AZEHAN (tengah) membantu pekerjanya membungkus perencah oden di kedai King Oden.
AZEHAN (tengah) membantu pekerjanya membungkus perencah oden di kedai King Oden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia