Harian Metro

KERAJAAN LULUS RM12.86B BAWAH PSU 1.0

322,177 majikan, 2.64 juta pekerja terima manfaat subsidi setakat 23 April lalu

- Bernama

Kerajaan sudah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.86 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 23 April lalu yang memberi manfaat kepada 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi PSU 2.0, kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.17 bilion setakat 23 April lalu yang memberi manfaat kepada 73,567 majikan dan mengekalka­n penggajian 635,748 pekerja.

Di bawah program Subsidi Pengangkut­an Awam MY30 pula, setakat 23 April lalu, katanya sebanyak RM127.74 juta disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkut­an awam tanpa had yang disediakan khusus untuk warga Malaysia.

“Seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, inisiatif ini dilanjutka­n ke tahun ini bagi terus menggalakk­an

‘ Inisiatif ini dilanjutka­n ke tahun 2021 bagi terus menggalakk­an mobiliti dan mengurangk­an beban kos pengangkut­an awam untuk rakyat”

mobiliti dan mengurangk­an beban kos pengangkut­an awam untuk rakyat,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaa­n dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) Ke-52 yang dikeluarka­n, semalam.

Bagi pembiayaan sektor pelanconga­n Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), beliau berkata, setakat 23 April lalu, sebanyak 321 daripada 644 permohonan bagi pembiayaan ini diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta.

Bagi program Insentif Pengambila­n Pekerja dan Bantuan Latihan, Tengku Zafrul berkata, setakat 23 April lalu, seramai 132,403 pekerja berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini.

“Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdaganga­n borong dan runcit,” katanya.

Tengku Zafrul

 ??  ?? DI bawah program Subsidi Pengangkut­an Awam MY30, sebanyak RM127.74 juta disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkut­an awam tanpa had disediakan khusus kepada warganegar­a Malaysia.
DI bawah program Subsidi Pengangkut­an Awam MY30, sebanyak RM127.74 juta disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkut­an awam tanpa had disediakan khusus kepada warganegar­a Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia