Harian Metro

PKP 3.0 berskala kecil kurangkan kesan ekonomi

-

Kuala Lumpur: “Keseimbang­an antara kesihatan rakyat dan kesihatan ekonomi adalah aspek penting yang perlu diberi keutamaan ketika ini,” kata Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari (gambar).

Menurutnya, ini memandangk­an penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan kepada pemulihan ekonomi negara.

Katanya, kedudukan ekonomi pada Mac dan April lalu berada pada landasan pemulihan yang progresif.

“Pada pandangan saya, penutupan dan mengehadka­n aktiviti ekonomi dalam berskala besar bukan pilihan yang ideal pada masa ini.

“Kesan kepada ekonomi besar jika dilakukan dan kerajaan dilihat memiliki ruang fiskal yang sangat terhad dalam membiayai pakej rangsangan ekonomi berskala besar.

“Malah, terdahulu, tahun lalu menyaksika­n empat pakej rangsangan ekonomi diumumkan dengan membabitka­n perbelanja­an keseluruha­n melebihi RM300 billion,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, jika PKP 3.0 membabitka­n negeri membangun seperti Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai kepadatan industri tinggi, impak kepada ekonomi akan lebih besar.

Beliau berkata, hal ini kerana Selangor dan Kuala Lumpur adalah penyumbang utama kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

“Mengadakan PKP 3.0 dalam yang lebih bersasar dan berskala kecil mungkin dapat meminimumk­an kesan kepada ekonomi.

“Pengalaman Malaysia melaksanak­an beberapa siri kawalan pergerakan seperti PKP 1.0, PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan) menunjukka­n keberkesan­an dalam mengawal penularan wabak Covid-19,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia