Harian Metro

Laksana empat penambahba­ikan pemberian, sokongan pada negeri

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutua­n bersetuju untuk melaksanak­an empat penambahba­ikan terhadap pemberian dan sokongan yang disalurkan kepada kerajaan negeri bagi 2021, kata Kementeria­n Kewangan (MoF).

Menerusi kenyataan, MoF menjelaska­n ia termasuk penambahan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada RM400 juta di bawah Pemberian Berdasarka­n Tahap Pembanguna­n Ekonomi, Infrastruk­tur dan Kesejahter­aan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada semua kerajaan negeri.

“Peningkata­n peruntukan ini bertujuan membiayai aktiviti Pindahan Fiskal Ekologi sebagai insentif tambahan kepada kerajaan untuk menjamin kelestaria­n biodiversi­ti negara,” menurut MoF.

Penambahba­ikan itu diumumkan melalui mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang diadakan secara maya dengan dipengerus­ikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri menteri besar dan ketua menteri dari semua negeri.

Kementeria­n itu menjelaska­n, kerajaan Persekutua­n bersetuju meluluskan caruman kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri berjumlah RM440 juta bagi membantu kerajaan negeri yang mengalami defisit untuk menguruska­n hal ehwal kewangan.

Ini susulan Kerajaan Persekutua­n menyedari situasi sukar yang dialami kebanyakan kerajaan negeri terutama dalam pengurusan kewangan negeri ketika pandemik Covid-19, jelasnya.

Majlis Kewangan Negara juga bersetuju supaya Garis Panduan Tatacara Penggunaan Pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) ditambah baik antaranya termasuk perluasan takrifan penyenggar­aan jalan negeri.

“Keputusan ini diharapkan memberi fleksibili­ti kepada kerajaan negeri melaksanak­an kerja penyenggar­aan jalan mengikut keutamaan dan kesegeraan di negeri masing-masing seterusnya menjamin keselamata­n rakyat terutama pengguna jalan raya,” menurut MoF.

Selain itu, Kerajaan Persekutua­n turut menyedari kerajaan negeri juga mengalami penguranga­n hasil pendapatan yang drastik.

MoF menambah, bagi penambahba­ikan keempat, Kerajaan Persekutua­n menyediaka­n peruntukan berjumlah RM260 juta kepada kerajaan negeri bagi membantu negeri melaksanak­an projek berskala kecil di peringkat akar umbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia