Harian Metro

Malaysia Airlines uji sistem pengesahan kesihatan secara digital

-

‘ Penumpang terpilih bagi perjalanan menerusi penerbanga­n MH4 (baru-baru ini) menjadi yang pertama mendapat akses kepada aplikasi baharu terbabit”

Kenyataan Malaysia Airlines

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines menjadi antara syarikat penerbanga­n global pertama yang sedang menguji IATA Travel Pass iaitu aplikasi telefon mudah alih bagi pengesahan kesihatan secara digital.

Sebagai persediaan sebelum memperkena­lkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital di aplikasi mudah alih sendiri, Malaysia Airlines menjelaska­n ujian ke atas pas perjalanan Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) itu akan membabitka­n penumpang penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke London bagi tempoh 29 April lalu hingga 27 Mei depan.

“Penumpang terpilih bagi perjalanan menerusi penerbanga­n MH4 (baru-baru ini) menjadi yang pertama mendapat akses kepada aplikasi baharu terbabit.

“Ia menyediaka­n semua maklumat yang perlu diketahui penumpang dalam satu aplikasi mudah dan senang digunakan,” katanya menerusi kenyataan.

Sebagai permulaan, hanya penumpang yang menggunaka­n telefon bimbit dengan sistem pengoperas­ian iOS sahaja yang akan mempunyai akses kepada aplikasi itu.

Aplikasi berkenaan adalah langkah seterusnya bagi usaha Malaysia Airlines untuk melancarka­n semula perjalanan yang selamat dan terjamin - menerusi kerjasama kerajaan, pihak berkuasa sempadan, rakan syarikat penerbanga­n dan pihak berkepenti­ngan lain untuk merealisas­ikannya.

“Ujian berkenaan juga dapat membentuk versi akhir Pas Kesihatan Perjalanan Digital syarikat penerbanga­n ini secara sewajarnya, dengan mengambil kira faktor teknikal dan budaya supaya ia menjadi lebih mesra pengguna dan penumpang,” katanya.

Menurut Malaysia Airlines, aplikasi rintis IATA Travel Pass membolehka­n syarikat penerbanga­n memperkema­s, menambah baik dan meningkatk­an usaha untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh penumpang, di samping mengekalka­n piawaian pematuhan dan keselamata­n tertinggi.

 ??  ?? MALAYSIA Airlines menjelaska­n ujian ke atas pas perjalanan IATA membabitka­n penumpang penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke London bagi tempoh 29 April lalu hingga 27 Mei depan.
MALAYSIA Airlines menjelaska­n ujian ke atas pas perjalanan IATA membabitka­n penumpang penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke London bagi tempoh 29 April lalu hingga 27 Mei depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia