Harian Metro

TAK BOLEH PULANG

Indonesia sekat warga balik kampung sempena Aidilfitri

-

Indonesia menguatkua­sakan larangan mudik atau pergerakan besar-besaran warga bandar untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri, mulai semalam.

Ia adalah tahun kedua kerajaan menguatkua­sakan larangan itu yang bertujuan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Jakarta Post melaporkan langkah itu bagi mengekang lonjakan kes baharu Covid-19 ketika musim cuti atau perayaan seperti tahun sebelumnya.

Sebagai contoh pada 27 Januari lalu iaitu sebulan selepas cuti tahun baru, jumlah kes baharu di negara itu menjadi lebih satu juta.

Ia berbanding 670,125 kes yang direkodkan pada 22 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan menerusi larangan mudik kali ini, polis akan mengadakan sekatan jalan raya termasuk lebuh raya bertol.

Selain itu, pihak berkuasa menggantun­g sementara operasi pengangkut­an udara, darat dan air.

Bagaimanap­un, pengecuali­an diberikan untuk kes kecemasan dan perjalanan rasmi.

Sebelum ini, aktiviti mudik setiap tahun menyaksika­n kira-kira 30 juta penduduk di bandar negara itu besar pulang ke kampung bagi merayakan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Menteri Penyelaras untuk Pembanguna­n Manusia dan Budaya, Muhadjir Effendy berkata, ada pengecuali­an menerusi larangan mudik.

Katanya, ia meliputi kenderaan dan situasi tertentu.

“Pegawai tinggi kerajaan, pasukan petugas khas Covid-19, pegawai operasi kerajaan, tentera Indonesia, polis dan petugas tol masih dibenarkan untuk melakukan perjalanan atas urusan kerja,” katanya.

Jakarta Post melaporkan langkah diambil bagi kekang lonjakan kes baharu

 ??  ?? POLIS memeriksa kenderaan yang menghala keluar Jakarta.
POLIS memeriksa kenderaan yang menghala keluar Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia