Harian Metro

Derma RM634,865

Wanita labur wang bina jambatan pastikan anak, kanak-kanak lain lintas jalan ke sekolah

-

Demi memastikan anaknya dan kanak-kanak lain selamat melintas jalan ke sekolah, seorang ibu di China sanggup melaburkan wang bagi membina jambatan pejalan kaki.

Wanita dikenali sebagai Meng dari wilayah Henan itu memperuntu­kkan 998,243 yuan (RM634,865) bagi membiayai kos pembinaan dua jambatan besi berkenaan di hadapan sekolah anak lelakinya.

Menurut Meng, jalan di luar sekolah anaknya kerap sesak terutama apabila ibu bapa menurunkan atau menjemput anak mereka dari sekolah.

Katanya, kawasan itu juga tidak dilengkapi dengan lampu isyarat yang membahayak­an pelajar dan guru sekolah apabila melintas jalan.

“Selain itu, sekolah itu yang berada di kawasan rendah dan sering digenangi air dan menyebabka­n anak-anak basah kuyup terutama ketika menunggu ibu bapa mengambil mereka,” katanya dalam portal Oddity Central.

Menurutnya, dia tidak pernah memberitah­u anaknya dia membiayai pembinaan jambatan itu kerana tidak mahu anaknya berbangga dengan rakan sekolahnya.

“Saya cuma harap sumbangan saya ini membantu anak-anak dan kakitangan sekolah supaya mereka selamat dan membolehka­n mereka belajar dengan selesa,” katanya.

Satu bahagian daripada dua jambatan itu hampir siap dan satu lagi dalam proses meletakkan landasan.

Projek jambatan itu mendapat kelulusan biro pembanguna­n perumahan dan luar bandar dengan dana pembinaann­ya sebelum ini dilaporkan hasil sumbang ‘penderma misteri.’

Kisah kemurahan hati Meng ini meraih perhatian meluas di China dengan netizen memuji niat murni wanita itu.

Ramai yang kagum memandangk­an jumlah wang dibelanjak­an untuk projek itu mencukupi untuk membolehka­n wanita itu memiliki sebuah rumah yang besar atau beberapa apartmen.

 ??  ?? JAMBATAN pejalan kaki di hadapan sekolah anak Meng yang masih dalam pembinaan.
JAMBATAN pejalan kaki di hadapan sekolah anak Meng yang masih dalam pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia