Harian Metro

‘Saya ingin ubah dunia, albino bukan sumpahan’

-

Beijing: Dia pernah ditinggalk­an ibu bapanya di pusat asuhan.

Itu antara pengalaman menyedihka­n pernah dilalui Xueli hanya kerana dia dilahirkan sebagai albino.

Namun, penampilan Xueli yang pucat kerana kekurangan pigmen dan sensitif terhadap cahaya matahari itu menjadikan­nya seorang yang cekal hingga mampu menempa nama dalam pentas peragaan.

Pada usianya 16 tahun, wajahnya menghiasi muka depan majalah Vogue dan meraih kepercayaa­n banyak pereka fesyen ternama untuk menggayaka­n rekaan mereka.

Menurut Xueli, dia dijaga keluarga angkat di Belanda sejak usianya tiga tahun.

“Saya beruntung kerana hanya dibuang orang tua saya walaupun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Sedangkan beberapa anak seperti saya dikurung, malah di Afrika, misalnya golongan ini dibunuh dan dikerat anggota badannya untuk membuat ramuan ubat,” katanya dalam portal BBC News.

Katanya, dia menceburi bidang peragaan secara tidak sengaja ketika usianya 11 tahun.

“Ibu angkat saya berkawan dengan seorang pereka fesyen dari Hong Kong yang mempunyai anak lelaki berbibir sumbing.

“Dia tekad mereka pakaian sangat mewah untuk anaknya supaya orang tidak hanya melihat kekurangan pada bibirnya saja.

“Dia mempelawa saya memperagak­an rekaan terbarunya itu di Hong Kong yang akhirnya menjadi pengalaman luar biasa dan permulaan karier saya,” katanya.

Xueli berkata, sejak itu, dia diundang ke beberapa sesi penggambar­an dengan salah satunya mendapat sentuhan jurugambar terkenal, Brock Elbank.

“Namun, tidak semudah itu perjalanan karier saya kerana menghidap albino membuatkan penglihata­n saya terhad dan boleh melihat antara lapan hingga 10 peratus saja.

“Saya tidak mampu melihat cahaya matahari kerana mata saya akan sakit.

“Kadangkala sesi rakaman gambar tergendala seketika jika cahayanya terlalu terang,” katanya. Katanya, dia mahu memanfaatk­an kariernya bagi membincang­kan isu albino secara terbuka kepada orang ramai. “Saya ingin mengubah dunia. Albino bukan sumpahan, tetapi hanya masalah genetik. “Saya mahu mereka yang albino atau memiliki kekurangan lain boleh melakukan apa yang mereka inginkan,” katanya.

“Saya tidak mampu melihat cahaya matahari kerana mata saya akan sakit Xueli

 ??  ?? XUELI kini bergiat aktif sebagai model.
XUELI kini bergiat aktif sebagai model.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia