Harian Metro

GEMBIRA DI BELAKANG TABIR

Tam kini aktif dalam bidang pengarahan selepas memulakan lakonan dari peringkat bawah

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Sebut saja nama Tam Suhaimi, 41, ramai penggiat seni otai termasuk barisan pelakon lama dan baharu yang mengenalin­ya.

Ditambah, bakat lakonan Tam sudah diketengah­kan sejak dia kanak-kanak lagi.

Kecintaan mendalam terhadap kerjaya seni juga mendorong Tam menimba ilmu bekerja di belakang tabir dengan beberapa produksi dan pengarah berkaliber.

Katanya, dia bermula dari bawah dan sudah belajar banyak perkara.

Kini begitu aktif dalam pengarahan, Tam berkata, dia sentiasa berusaha memberi terbaik dalam karya dihasilkan. Apatah lagi untuk karya yang dia bertindak sebagai penulis skrip dan pengarahny­a.

“Saya seorang yang suka membuat sesuatu cerita dengan membayangk­an siapa watak-watak itu. Justeru, di dalam skrip saya biasanya sudah ada senarai nama pelakon yang akan dipilih.

“Selain itu, saya juga akan menulis skrip yang berkisarka­n kisah semasa dan berlaku dalam masyarakat. Bagi saya, kisah-kisah sebegini lagi bagus dihasilkan kerana dekat dengan penonton, mudah difahami dan banyak mesej boleh dikongsi.

“Begitu juga, pilihan kerjaya yang akan dibawakan seseorang pelakon itu. Saya biasanya akan memilih bidang kerja yang saya ada pengetahua­n mengenainy­a hasil daripada penyelidik­an. Saya seorang yang tidak akan ambil mudah dan sembaranga­n,” katanya.

Pernah dikenali dengan drama Cili Padi pada 1990an, Tam berkata, ia banyak meninggalk­an kenangan indah buatnya.

Malah, hubungan dengan sesama pelakon juga masih rapat dan baik hingga kini. Cuma, kami jarang berjumpa kerana masing-masing terikat komitmen sendiri.

Sudah mengarahka­n puluhan drama termasuk telefilem, Tam berkata, dia bersyukur dengan kurniaan bakat dimiliki. Malah, katanya dia juga jarang berdepan masalah di lokasi bersama barisan pelakon dan pasukan produksi.

“Setakat ini, di lokasi saya boleh bekerja dengan baik kerana pelakon dan warga kerja produksi sangat membantu. Kami banyak berbincang dan saya juga tiada masalah menegur dan memberi tunjuk ajar.

“Bagi saya, di dalam satu pasukan kerja semua orang memainkan peranan masing-masing. Jadi, jika ada yang mahu berkongsi pandangan dan mempunyai idea lebih baik, okay sahaja untuk dipertimba­ngkan,” katanya.

Tam yang tampil dengan drama arahannya, Miss Match di platform

WeTV berkata, dia sangat berbesar hati apabila pihak penstriman terkenal itu sedia menerima karya seninya yang sudah lama disiapkan untuk tayangan.

“Sebenarnya, saya sudah membuat penggambar­an dan menyiapkan drama

Miss Match ini pada 2019 lagi, sebelum negara kita dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

“Sebab itu juga, di dalam drama ini pelakon Kilafairy belum memakai tudung. Tapi, saya bersyukur juga apabila drama Miss Match menjadi pilihan pihak WeTV sebagai siri original mereka.

“Dalam drama Miss Match, garapannya agak menarik kerana memaparkan kisah wanita tidak berkahwin, tapi terbabit dalam pencarian jodoh orang lain. Bagi saya, ia situasi yang memang wujud dalam masyarakat.

“Malah, ketika ini wanita kalau belum bertemu jodoh pun, tetap mampu berdikari. Itu yang cuba saya ketengahka­n mengenai semangat dan perjuangan wanita yang tidak tertumpu pada mengejar cinta sahaja,” katanya.

Selain Kilafairy, barisan pelakon lain yang membintang­i drama Miss Match ialah Bella Dally, Mimi Lana, Atiq Azman termasuk, Izara Aishah.

Saya seorang yang suka membuat sesuatu cerita dengan membayangk­an siapa watak-watak itu. Justeru, di dalam skrip saya biasanya sudah ada senarai nama pelakon yang akan dipilih

TAM SUHAIMI

 ??  ?? TAM akui kini dia lebih gemar bertindak sebagai pengarah drama.
TAM akui kini dia lebih gemar bertindak sebagai pengarah drama.
 ??  ?? ANTARA babak drama Miss Match.
ANTARA babak drama Miss Match.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia