Harian Metro

MUAZ TAK MEMILIH

Anggap setiap karekter miliki kekuatan sendiri, sedia terima teguran

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Melakonkan watak antagonis dalam drama Takdir Yang Tertulis, ternyata sangat membantu pelakon meningkat naik dikenali, Muaz Fitri untuk memahat bakat seni dimilikiny­a.

Muaz, 30, yang benarbenar mahu serius dalam kerjaya lakonannya memaklumka­n dia tidak bersikap terlalu memilih watak kerana baginya setiap karekter mempunyai kekuatan tersendiri.

“Sebagai pelakon, saya yang kena bijak dan kreatif mempelbaga­ikannya. Justeru, saya akan memahami tuntutan watak itu serta membuat perbincang­an dengan pengarah. Saya juga sedia ditegur dan tak malu menerima teguran.

“Bagi saya, teguran penting dan sebagai proses menimba ilmu. Justeru, saya bersikap terbuka untuk terima apa saja teguran kerana sentiasa mahu memberi yang terbaik dalam lakonan. Bukan mudah mendapat peluang,” katanya.

Berbicara juga mengenai Aidilfitri, Muaz berkata sebagai semestinya dia merindui kampung halaman. Terutama, sanak saudara di kampung. Tapi, sayangnya pandemik ini belum berakhir.

“Sambutan hari raya ini, saya raikan secara sederhana saja. Maklumlah, tak boleh nak merentas negeri dan daerah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an semula oleh kerajaan.

“Saya mengambil positif saja apa yang masih berlaku ini kerana menganggap ia dugaan daripada Allah. Saya harap kita semua peka menjaga kesihatan diri. Mencegah adalah lebih baik,” katanya.

Muaz yang turut membintang­i beberapa drama antaranya, Cinta Kalut berkata dia juga bersyukur dengan rezeki tawaran berlakon diterimany­a. Apapun, katanya dia juga mula membabitka­n diri di dalam perniagaan pakaian.

Mengulas kenangan Aidilfitri, Muaz berkata ia sudah pasti memori indah zaman kanak-kanaknya. Katanya, kegembiraa­n ketika itu apabila bermain bersama rakan-rakan sebaya di kampung.

“Zaman kanak-kanak saya dahulu, alhamdulil­lah masih belum ada gadjet. Jadi, saya selalunya akan bermain dengan rakan sepuas- puasnya di luar rumah.

“Bagi saya, ia pengalaman meraikan hari raya sangat sempurna. Termasuk, pergi ke masjid bersama ayah untuk solat sunat hari raya. Memang seronok sangat,” jelasnya.

Kenangan Aidilfitri ketika dikeliling­i keluarga, bagi Muaz sangat dirasai kegembiraa­n dan kebahagiaa­nnya. Ujarnya, antara aktiviti dilakukan seperti membersih kawasan rumah di kampung datuk dan nenek bersama-sama saudara-mara.

Sebagai pelakon, saya yang kena bijak dan kreatif mempelbaga­ikannya. Justeru, saya akan memahami tuntutan watak itu serta membuat perbincang­an dengan pengarah. Saya juga sedia ditegur dan tak malu menerima teguran

MUAZ FITRI

 ??  ?? MUAZ Fitri rai Aidilfitri tahun ini secara sederhana.
MUAZ Fitri rai Aidilfitri tahun ini secara sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia