Harian Metro

KONTROVERS­I JEJAS KERJAYA

Reputasi Seo Ye Ji kini makin merudum selepas namanya mula tercalar

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my instagram: @jvjie

Annyeongha­seyo! Dunia hiburan Korea Selatan sememangny­a cukup kejam apabila menyentuh mengenai kontrovers­i. Lebih-lebih lagi ia kontrovers­i yang negatif, pasti besar calarnya terhadap kerjaya seseorang artis. Itulah yang menimpa pelakon Seo Ye Ji yang kini tidak mampu menyelamat­kan reputasiny­a selepas dikaitkan dengan kontrovers­i memanipula­si kekasihnya Kim Jung

Hyun sehingga mencetus onar beberapa tahun lalu.

Jelas industri seni di sana tidak mahu menanggung risiko akibat kontrovers­i mencalar dirinya itu yang turut dikecam netizen.

Satu-persatu projeknya dibatalkan sehingga mengakibat­kan kerjayanya mula berantakan.

Selain itu, Ye Ji yang sepatutnya membintang­i drama berjudul Island akhirnya menarik diri daripada projek itu.

Ternyata, dia juga sedar pembabitan­nya dalam drama itu hanya akan menimbulka­n masalah.

Pada Oktober tahun lalu, pelakon itu dilaporkan dalam perbincang­an untuk menjayakan projek terbitan OCN berkenaan, manakala, pelakon

Kim Nam Gil sudah sah terbabit dan Cha Eun Woo juga masih dalam perbincang­an.

Susulan itu, agensinya GOLDMEDALI­ST memaklumka­n berita sedih berkenaan namun tidak mengulas secara lanjut sebabnya.

Bagaimanap­un, penarikan diri itu jelas disebabkan kontrovers­i yang menimpanya.

“Keputusan muktamad sudah diambil dan Seo Ye Ji tidak membintang­i Island,” demikian ringkas pengumuman itu.

Dengan kekosongan terbabit, produksi drama itu kini dalam usaha untuk mencari dan mengadakan uji bakat penggantin­ya.

Terdahulu, skandal membabitka­n namanya itu terus hangat diperkatak­an sehingga banyak pengiklan atau produk menamatkan kerjasama dengannya.

Dia juga berdepan tindakan membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit atas alasan melanggar kontrak selain pembatalan iklan.

Dilaporkan, pelbagai syarikat termasuk beberapa jenama kosmetik sudah memadam semua gambar bintang It’s Okay Not To Be Okay itu dalam laman web serta platform promosi iklan mereka.

Produk kacamata terkenal turut menukar hantaran iklan mereka dengan Ye Ji di media sosial kepada peribadi.

Tidak ketinggala­n video kerjasama mereka yang dimuat naik di YouTube rasminya turut dipadam.

Perkara itu tercetus apabila dia didakwa mengongkon­g dan memanipula­si pelakon Kim Jung Hyun yang juga kekasihnya pada 2018.

Disebabkan tindakanny­a Jung Hyun mempamerka­n perangai tidak disenangi dalam produksi drama Time.

Ye Ji juga dikhabarka­n pernah bersikap biadap terhadap kakitangan­nya. Bagaimanap­un, agensinya belum memberi kenyataan balas mengenai kebenaran tuduhan itu.

 ??  ?? SEO Ye Ji
SEO Ye Ji

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia