Harian Metro

RANTAIAN BINAAN TERJEJAS

Pemaju, kontraktor berada dalam dilema kerana kos pembinaan kian meningkat

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada tahun lalu, hampir semua sektor terjejas termasuk pembinaan.

Pelbagai dugaan menimpa sektor ini sehingga mengakibat­kan banyak projek pembinaan berdepan masalah.

Bermula dengan projek terpaksa dihentikan sementara sehingga wujud kluster di tapak pembinaan dan kini berdepan peningkata­n harga binaan.

Situasi ini menyebabka­n pemaju dan kontraktor berada dalam keadaan dilema apabila segala kos akan meningkat dan secara tidak langsung bakal

berdepan kerugian.

Pensyarah Kanan, Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Ts Dr Mohd Zairul Mohd Noor berkata, menurut laporan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) harga bahan pembinaan adalah stabil pada tahun 2020.

Katanya, bagaimanap­un trend kenaikan batang besi dan beberapa bahan berunsurka­n logam dilihat semakin menaik menjelang 2021.

“Kira-kira 30 peratus dari bahan pembinaan dibuat di China manakala batu, gelas dan besi diimport dari Itali.

“Kedua-dua negara itu mengalami impak yang teruk ketika pandemik Covid-19.

Ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap industri pembinaan tanah air,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau berkata, harga besi dikatakan naik sehingga mencecah 100 peratus dan seterusnya mengakibat­kan kerugian kepada pemain utama sektor pembinaan.

“Rentetan dari harga besi, simen dan bahan-bahan asas utama pembinaan meningkat ia memberi kesan limpahan kepada beberapa bahan pembinaan yang lain termasuk pasir, batu dan beberapa bahan utama yang lain,” katanya.

Di samping itu, kenaikan harga juga dikatakan disebabkan ketidaksta­bilan menguruska­n kewangan ketika pandemik.

Harga yang ‘dimasukkan’ kontraktor ke dalam kontrak pembinaan tidak dapat menampung ketidakten­tuan harga pasaran dan kerja-kerja tambahan disebabkan pandemik Covid-19.

“Walaupun rata-rata kontraktor mempunyai dana kontingens­i, ia dikatakan tidak mampu untuk menampung kerugian ketika musim pandemik ini.

“Ini sekali gus memberi kesan terhadap rantaian bekalan industri pembinaan akibat kelewatan pembayaran oleh kontraktor dan juga kelewatan pembayaran daripada pihak pemaju,” katanya.

Jelasnya, akibat daripada ketidakten­tuan harga bahan pembinaan ini akan mengakibat­kan kesan jangka panjang kepada seluruh rantaian bekalan industri pembinaan.

“Antara akibat yang dapat dikenal pasti adalah lambakan projek pembinaan yang pada akhirnya akan menyebabka­n projek terbengkal­ai dan lewat.

“Mutu kerja juga akan menurun dari segi kualiti pembinaan disebabkan kontraktor mengambil langkah mudah menukar bahan pembinaan kepada kualiti dan harga yang lebih murah,” katanya.

Selain itu, kelewatan pembayaran kepada pembekal disebabkan aliran tunai kontraktor yang terganggu akan mengakibat­kan proses pembinaan terganggu di tapak pembinaan.

Katanya, secara tidak langsung, projek perumahan yang sudah berjalan mengalami gangguan dari segi kelewatan dan juga kualiti pembinaan akan menurun.

Mengulas lanjut, kenaikan harga barang terutama di kala pandemik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan namun terdapat pelbagai penyelesai­an dapat difikirkan pihak kerajaan.

“Bahan binaan alternatif seperti bahan binaan hijau dan bahan binaan bersifat kitar semula harus dipopulark­an bagi mengganti kebergantu­ngan industri terhadap bahanbahan mentah yang tidak mapan.

“Bahan-bahan yang digunakan di dalam industri pembinaan haruslah bersifat agil dan boleh dihasilkan secara berterusan tanpa mengganggu jejak karbon.

“Bahan-bahan bersifat hijau juga adalah termasuk penggunaan bahan-bahan yang boleh diperbahar­ui seperti penggunaan hasil penyelidik­an tempatan yang mesra alam dan dapat diperbahar­ui dalam masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata, sudah sampai masanya penyelidik tempatan menjalanka­n penyelidik­an berkaitan bahan pembinaan alternatif yang dapat menjadi bahan yang lebih mudah diperbahar­u dan mesra alam.

“Ia secara langsung mengelakka­n kita terus bergantung kepada bahan eksport dari negara asing,” katanya.

Kedua-dua negara itu mengalami impak yang teruk ketika pandemik Covid-19.

Ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap industri pembinaan tanah air

DR MOHD ZAIRUL

 ??  ?? SEKTOR pembinaan berdepan cabaran kenaikan bahan binaan
SEKTOR pembinaan berdepan cabaran kenaikan bahan binaan
 ??  ?? PEMAJU dan kontraktor berdepan dilema.
PEMAJU dan kontraktor berdepan dilema.
 ??  ?? PERLU langkah segera.
PERLU langkah segera.
 ??  ?? BOLEH mengakibat­kan projek terbengkal­ai .
BOLEH mengakibat­kan projek terbengkal­ai .
 ??  ?? DIBIMBANGI kontraktor menukar bahan pembinaan kepada kualiti dan harga yang lebih murah.
DIBIMBANGI kontraktor menukar bahan pembinaan kepada kualiti dan harga yang lebih murah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia