Harian Metro

MASJID SERBA MODEN

Al-Ulum Wattoiyiba­h bakal beroperasi 24 jam, perlu dana RM21.7 juta

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Bagi menampung keperluan masyarakat dan untuk pembelajar­an pelajar tahfiz Madrasah Darul Ulum

Wal Qiroat, Pantai Remis, Perak, sebuah masjid baru dicadangka­n dibina di kawasan sekitar madrasah berkenaan.

Masjid yang bakal dinamakan Masjid Al-Ulum

itu sudah mendapat kelulusan untuk pembinaann­ya daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) pada tahun 2016 dan dibina di Kampung Tebuk Yan 2 iaitu bersebelah­an dengan tapak madrasah.

Ia bakal dibina di atas tanah seluas 1.7 hektardan masjid itu kelak akan beroperasi 24 jam khusus untuk majlis seperti pengajian agama, kursus umrah, aktiviti ibadah pada Ramadan dan banyak lagi bagi memenuhi permintaan 17,000 penduduk kampung sekitar. Ia turut dilengkapi penginapan untuk musafir serta orang-orang tua yang ingin mengikuti kelas pengajian kitab agama.

Projek pembinaann­ya bermula pada pertengaha­n tahun lalu dan dijangka siap untuk digunakan pada hujung tahun 2022.

Masjid Al Ulum Wattoiyiba­h mempunyai kemudahan yang lengkap bagi memenuhi keperluan jemaah dan juga pelajar madrasah.

Antara kemudahan yang turut dirancang dalam pelan pembinaan adalah dewan solat, dewan madrasah, bilik mesyuarat, bilik jenazah, tandas, bazar dan kelas madrasah.

Jawatankua­sa Pembanguna­n Dana Waqaf Masjid, Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman berkata, setakat ini dana dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai serta pihak korporat adalah sebanyak RM3.3 juta namun masjid masih memerlukan dana sebanyak RM21.7 juta.

Katanya, kerja-kerja fasa pertama berjalan lancar dan fasa kedua pula dijadualka­n pada tahun ini sekiranya tiada sebarang kekangan.

“Disebabkan itu, kami berharap seluruh masyarakat Islam di negara ini dapat membantu untuk memberi sumbangan dana.

“Selain membolehka­n masyarakat setempat menunaikan ibadah fardu dan menjalanka­n pelbagai aktiviti keagamaan serta kemasyarak­atan sepanjang hari, masjid ini juga akan menjadi pusat aktiviti Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat yang melahirkan generasi huffaz yang akan terus menyuburka­n qalam Allah selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Madrasah Darul Ulum Wal Qiraat menyediaka­n Pengajian Tahfiz Al-Quran sepenuh masa sebagai teras pengajian yang memfokuska­n kepada penghafala­n al-Quran beserta tajwid dan qiroat.

Mudir madrasah itu, Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz Abdul Rahman berkata, Pengajian Kitab Turath turut juga disediakan sebagai menyambung usaha ulama silam dalam menyampaik­an ilmu yang bermanfaat serta penting bagi membentuk kehidupan sosio-agama masyarakat Islam.

“Turut diadakan adalah program ceramah agama yang diadakan berdasarka­n permintaan masyarakat bagi manfaat bersama,” katanya.

Bagi yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Pembanguna­n Masjid Al-Ulum

Wattoiyiba­h - 5581 8106

1053 (Maybank) atau melalui website https:// masjidalul­umwattoiyi­bah. com

Anda juga boleh hadir sendiri ke Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, No

324, Jalan Pantai Remis, Kg Tebuk Yan 2. 34900 Pantai Remis, Perak atau boleh hubungi terus Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz (0137745568) atau Ustaz Mohd Safian (012602 9655).

Turut diadakan adalah program ceramah agama yang diadakan berdasarka­n permintaan masyarakat bagi manfaat bersama

USTAZ MAULANA JALALUDDIN

 ??  ?? PELAJAR Tahfiz Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat sedang membaca al-Quran
ILUSTRASI pembinaan Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h yang bakal mempunyai kemudahan lengkap bagi memenuhi keperluan jemaah sekitar dan juga pelajar madrasah.
PELAJAR Tahfiz Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat sedang membaca al-Quran ILUSTRASI pembinaan Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h yang bakal mempunyai kemudahan lengkap bagi memenuhi keperluan jemaah sekitar dan juga pelajar madrasah.
 ??  ?? PEMBINAAN Masjid Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h yang dibina bersebelah­an Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, di Pantai Remis, Perak, fasa pertama sudah bermula sejak pertengaha­n tahun lalu.
PEMBINAAN Masjid Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h yang dibina bersebelah­an Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, di Pantai Remis, Perak, fasa pertama sudah bermula sejak pertengaha­n tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? USTAZ Mohd SafianWatt­oiyibah
USTAZ Mohd SafianWatt­oiyibah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia