Harian Metro

KIAN RAMAI HIDAP PARKINSON

Lebih 20,000 rakyat Malaysia menderita akibat penyakit itu, angka dijangka melonjak

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Kini, terdapat lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit parkinson dan angka ini dijangka meningkat kerana Malaysia bakal menjadi negara yang lanjut usia.

Sempena Hari Parkinson Sedunia baru-baru ini, amatlah penting untuk kita memahami bagaimana penyakit ini boleh mendatangk­an impak yang signifikan dalam kehidupan mereka yang terjejas akibatnya, terutamany­a dari segi Aktiviti dalam Kehidupan Seharian (ADL).

Pengarah Jualan dan Pemasaran Disposable

Soft Goods Sdn Bhd, Daigo Fujiwara berkata, penyakit parkinson adalah penyakit kemerosota­n saraf berkaitan usia yang kedua paling lazim selepas penyakit alzheimer.

“Pesakit parkinson akan mengalami kesukaran untuk mula atau berhenti bergerak, dan mengawal pergerakan halus seperti menggengga­m pen dan menulis, serta mudah jatuh, menyukarka­n mereka untuk melakukan ADL.

“Ekspresi wajah mereka juga boleh menjadi keras sekali gus menjejaska­n kebolehan mereka untuk berkomunik­asi secara bukan verbal,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Selain itu, penghidap parkinson juga mungkin mengalami simptom seperti kesukaran mengunyah, menelan dan bercakap, perubahan mood seperti depresi dan bersikap acuh tak acuh, masalah tidur, masalah kulit, masalah kognitif dan sembelit.

Tambahnya, satu lagi simptom penyakit parkinson adalah inkontinen­s urinari, di mana pesakit tidak dapat mengawal pengeluara­n air kencing disebabkan gangguan dalam komunikasi antara otak dan pundi kencing kerana paras dopamin yang rendah.

Jenis inkontinen­s urinari yang mungkin dihadapi pesakit parkinson adalah inkontinen­s desakan dan nokturia.

“Inkontinen­s desakan berlaku apabila pesakit tibatiba terasa ingin membuang air kecil namun tidak dapat mengawal diri dan terkencing sebelum sampai ke tandas.

“Nokturia adalah apabila pesakit perlu bangun dan membuang air kecil dengan terlalu kerap pada sebelah malam ketika sedang tidur,” katanya.

Daigo berkata, inkontinen­s urinari boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental dan sosial seseorang.

“Pesakit sering berasa malu, ingin mengasingk­an diri dari orang ramai, berasa keseoranga­n hilang kawalan, mengalami masalah imej tubuh badan dan mengehadka­n aktiviti sosial di luar rumah,” katanya.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pesakit boleh ‘melatih’ pundi kencing mereka dengan mengamalka­n rutin kerap ke tandas, contohnya selepas setiap waktu makan.

”Mereka perlu mengelakka­n dari meminum sebarang minuman dalam masa dua jam sebelum waktu tidur, meminimumk­an pengambila­n kafein, minuman bergas dan alkohol kerana semua ini boleh merangsang penghasila­n air kecil.

“Memakai pakaian yang kurang butang atau zip dan boleh ditanggalk­an dengan mudah turut membantu pesakit parkinson yang menghadapi kesukaran dari segi pergerakan dan inkontinen­s urinari,” katanya.

Selain itu, terdapat pelbagai produk yang boleh didapati untuk mereka yang mengalami inkontinen­s urinari untuk membantu menguruska­n masalah ini.

Ia termasukla­h alas katil, pelindung tilam, sarung inkontinen­s lelaki, serta tuala wanita dan seluar inkontinen­s.

Katanya, produk seperti lampin dewasa CERTAINTY khususnya, direka khas berdasarka­n paras mobiliti dan tahap inkontinen­s urinari seseorang, yang berguna terutamany­a bagi mereka yang menghidap penyakit Parkinson dan inkontinen­s urinari.

“Berdasarka­n konsep penjagaan ADL yang mempunyai enam tahap (ADL 0-5), CERTAINTY membantu pengguna memilih empat jenis lampin dewasa berdasarka­n tahap pergerakan mereka iaitu CERTAINTY DryPants dan CERTAINTY SuperPants dikhususka­n untuk mereka yang boleh berjalan dan bergerak dengan mudah atau dengan bantuan pergerakan yang minimum.

“CERTAINTY MaxPants pula adalah untuk pesakit yang memerlukan bantuan untuk bergerak manakala CERTAINTY Tape direka khas untuk pesakit yang terlantar di katil,” katanya.

 ?? | SUMBER GOOGLE ?? PARKINSON adalah penyakit kemerosota­n saraf berkaitan usia
| SUMBER GOOGLE PARKINSON adalah penyakit kemerosota­n saraf berkaitan usia
 ??  ?? MEMERLUKAN penjagaan rapi
MEMERLUKAN penjagaan rapi
 ??  ?? SIMPTOM inkontinen­s urinari memberi kesan kepada psikologi pesakit
SIMPTOM inkontinen­s urinari memberi kesan kepada psikologi pesakit
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia