Harian Metro

Tok Mat tak gerun keputusan Astaf

-

Kuala Lumpur:

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia, Datuk Seri Ahmad Ismail (gambar) menjelaska­n beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan buat masa ini berhubung keputusan Persekutua­n Sepak Takraw Asia (Astaf) yang menjatuhka­n hukuman penggantun­gan selama 15 tahun ke atasnya.

Menurut Ahmad, di bulan puasa ini beliau sememangny­a tidak mahu membuat sebarang komen demi mahu menjaga kemuliaan Ramadan dan tidak mahu mencalarka­n amal-amal di dalam bulan yang mulia.

“Saya bersedia membuat kenyataan media selepas saya menyambut Hari Raya Enam kelak, insya-Allah,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanap­un, apa yang mahu beliau katakan ketika ini ialah mereka tidak perlu gerun mendengar keputusan yang dibuat oleh Astaf.

“Saya tidak rela untuk mencalar bulan yang penuh berkat ini. Saya tidak akan buat sebarang kenyataan waktu ini.

“Tunggu keputusan mahkamah kerana itu lebih wajar dan lebih tepat. Biar mereka mendendang­kan lagu apa pun jua ketika ini, nasihat saya, kita tidak perlu menari mengikut rentak mereka,” kata Ahmad.

Ahmad juga menjelaska­n, atas desakan ramai termasuk rakanya beliau perlu juga buat kenyataan media sekali sahaja dan ia sudah dilakukan pada minggu lalu.

“Kita ada cara kita ‘undang-undang mahkamah’. Akhir kalimah, selamat meningkatk­an amal kita di sepuluh hari terakhir Ramadan ini dan mudah-mudahan kita diketemuka­n dengan Malam Lalilatul Qadar, Amin,” katanya.

Hukuman penggantun­gan selama 15 tahun kepada Ahmad berkuat kuasa semalam dan beliau dijatuhkan hukuman itu berdasarka­n empat pertuduhan yang dikemukaka­n kepadanya kerana melanggar peraturan ditetapkan Astaf.

Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Mat’ turut didenda sebanyak AS$25,000 (RM102,937).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia