Harian Metro

Insiden KDA, JDT tak patut diperbesar

-

Kuala Lumpur:

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum melihat laporan rasmi daripada pegawai perlawanan berhubung isu pergaduhan membabitka­n pegawai dan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Namun katanya, berdasarka­n rakaman perlawanan, beliau menyifatka­n insiden berkenaan adalah perkara biasa dalam bola sepak terutama apabila membabitka­n aksi tumpuan dua pasukan di tangga teratas liga.

“Saya belum tengok sendiri laporan (komisioner) perlawanan, tetapi saya tak melihat ia satu isu besar. Hanya dua pihak bertembung dalam aksi yang cukup penting, di mana dua pasukan yang berada di tangga teratas liga dan sepakan penalti di hujung permainan...itu semua rencah dalam perlawanaa­n dua pasukan yang bersaing untuk kejuaraan liga.

“Kadangkala ia berlaku juga dalam perlawanan bola sepak di seluruh dunia, saya tak rasa perlu kita hangatkan isu di luar padang dan saya percaya dalam sidang media pun kedua-dua jurulatih cukup profesiona­l mengulas insiden itu.

“Saya boleh nyatakan saya sendiri belum tengok laporan, tetapi kalau laporan oleh pegawai perlawanan atau pengadil FAM (wujud insiden pergaduhan) kita akan ambil tindakan jika perlu,” katanya.

Arena Metro semalam melaporkan, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor kecewa dengan budaya ala samseng dalam kalangan pemain dan jurulatih ketika aksi membabitka­n KDA dan JDT, Selasa lalu.

Insiden tegang antara kedua-dua pasukan berkenaan berlaku sebaik tamat babak pertama dengan pemain dan jurulatih JDT dilihat menerpa ke kawasan tempat bangku simpanan KDA dan tercetus perang mulut antara kedua-dua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia