Harian Metro

CHELSEA BENAM REAL

Puji semangat juang tinggi pemain Chelsea ketika benam Real Madrid

- AFP

Thomas Tuchel memuji kesungguha­n barisan pemain Chelsea yang berjaya melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara (UCL) selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Real Madrid, semalam.

Gol menerusi Timo Werner dan Mason Mount memastikan Chelsea menempah tiket final Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak mereka memenangi saingan berprestij itu pada 2012.

Skuad bimbingan Tuchel akan bertemu seteru utama di Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Istanbul pada 29 Mei.

Chelsea berhak meraih kemenangan menerusi agregat 3-1 selepas mempamer aksi meyakinkan pada separuh akhir kedua di Stamford Bridge dengan menafikan segala serangan Real serta kerap melakukan serangan balas.

Mereka dilihat mampu meraih kemenangan lebih meyakinkan namun Tuchel sudah cukup gembira dengan prestasi barisan pemainnya.

“Ia agak sukar pada separuh masa pertama apabila lawan menguasai permainan dan membuatkan kami bergelut seketika.

“Kami amat berbahaya ketika melakukan serangan balas tetapi tidak pernah lupa untuk terus bertahan dengan baik.

“Ia persembaha­n hebat pada separuh masa kedua dan kami sepatutnya mampu menjaringk­an lebih banyak gol. Apapun tahniah kepada pasukan,” kata Tuchel.

Chelsea yang turut melangkah ke final Piala FA bertemu Leicester mempunyai rekod 19 perlawanan tanpa kalah sejak Tuchel menggantik­an Frank Lampard yang dipecat Januari lalu.

Kesungguha­n Chelsea itu dlihat mampu untuk menewaskan City yang pernah ditewaskan pada aksi separuh akhir Piala FA musim ini.

Real Madrid bukan sahaja tewas berikutan aksi hambar, namun kekalahan kepada Chelsea jelas menunjukka­n berakhir sudah era kegemilang­an kelab gergasi itu yang tidak mampu lagi bersaing di pentas Eropah.

Selepas melakar kejayaan bersejarah yang menyaksika­n skuad bimbingan Zinedine Zidane meraih trofi Liga Juara-Juara tiga musim berturut-turut dan keempat dalam tempoh lapan tahan, Real Madrid kini tidak lagi sehebat dahulu.

Ini tahun ketiga mereka gagal melangkah ke pentas final dan kali kedua berturut-turut bertemu lawan dari England dan kemudian tewas.

“Chelsea adalah pasukan lebih baik. Kami tidak boleh memberi alasan lagi,” kata pemain tengah Casemiro.

Chelsea berhak meraih kemenangan menerusi agregat 3-1

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia