Harian Metro

GEMBIRADAL­AM GUSAR

JANGKITAN CATAT 4,498 KES - TERTINGGI SEJAK FEBRUARI LALU RESIT TOL JADI BUKTI KESALAHAN RENTAS NEGERI 418 KLUSTER DIKESAN TERUS AKTIF

-

Biarpun keceriaan mendominas­i wajah penuntut IPT selepas dibenarkan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri, namun tidak kurang ibu bapa atau penjaga yang bimbang perkara luar jangka susulan pandemik Covid-19 yang masih mencatatka­n peningkata­n kes sejak kebelakang­an ini. Buktinya, tidak kurang juga penuntut rela meraikan Aidilfitri di kampus bagi mengelakka­n kejadian yang tidak diingini ketika bercuti,

Kesedihan tidak dapat beraya bersama anak-anak bukan satu perkara besar bagi kebanyakan ibu bapa di negeri ini namun apa yang lebih menggusark­an mereka adalah risiko jangkitan wabak Covid-19 jika semua orang dibenarkan rentas negeri bersempena cuti Aidilfitri.

Rata-rata mereka gusar kepulangan anak mereka nanti meningkatk­an risiko kebolehjan­gkitan virus tersebut kepada orang lain terutama warga emas dan kumpulan berisiko lain.

Suri rumah Lebar Jaafar, 71, dari Beseri berkata, beliau reda anak-anak tidak dapat pulang beraya tahun ini daripada mereka menjadi penyebab kepada penyebaran wabak berkenaan ke negeri ini.

“Atas hakikat ini mak cik sanggup tidak mahu lihat anak menantu dan cucu pulang ke kampung jika kepulangan mereka membawa virus penyakit berbahaya itu,” katanya.

Ibu kepada dua anak lelaki dan perempuan yang bekerja di Kuala Lumpur itu berkata, beliau akur dan maklum bahawa tempat tinggal anaknya itu berisiko dan mempunyai bilangan kes positif Covid-19 yang tinggi.

Berkongsi pendapat sama Idrus Md Jasin, 73, berkata, beliau tidak rasa terkilan, malah memahami anak dan cucunya di Selangor tidak dapat beraya di kampung sejak Aidilfitir­i 2020 kerana akur dengan ketetapan kerajaan melarang rentas negeri.

“Pak cik harap anak pak cik dapat memahami hakikat tersebut dan kekal tinggal di rumah mereka untuk sambut lebaran kerana Selangor sekian lama mencatat jumlah kes harian Covid-19 tertinggim,” ujarnya.

Mak cik sanggup tidak mahu lihat anak menantu dan cucu pulang ke kampung jika kepulangan mereka membawa virus penyakit berbahaya itu”

Pak cik harap anak pak cik dapat memahami hakikat tersebut dan kekal tinggal di rumah mereka untuk sambut lebaran”

Lebar

Idrus

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia