Harian Metro

CABARAN MENJADI ‘IBU EKSPRES’

Wanita besarkan 12 anak kini boleh berbangga dengan pencapaian zuriat

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Tangan

yang mengayun buaian mampu menggoncan­g dunia.

Itulah gambaran mengenai kekuatan wanita yang bergelar ibu dalam membesarka­n anak-anak sehingga menjadi orang berguna di sisi agama, bangsa dan negara.

Paling dekat, antara kisah ibu yang biasa tetapi mempunyai penceritaa­n hidup luar biasa iaitu Rajaah Musa apabila sanggup memikul peranan sebagai ibu ‘ekspres’ kepada empat daripada enam anak tirinya ketika usia 23 tahun.

Menurut Rajaah Musa, perkahwina­n diaturkan keluarga dengan suami,

Mohd Jawi Bidin, selepas kematian isteri pertama, Zaleha Hitam tidak dirasakan suatu bebanan sebaliknya amanah penting.

“Sebaik mengahwini suami yang sedia maklum seorang duda dengan enam anak, saya sedar tanggungja­wab cukup besar menjadi ibu segera kepada empat daripada enam anak tiri kerana dua darinya dipelihara abang dan adik suami.

“Mujurlah saya datang daripada keluarga besar iaitu anak sulung kepada 14 beradik dan sebelum itu sudah biasa hidup susah termasukla­h bekerja pada usia muda bagi menyara adik-adik.

“Jadi, sebaik berkahwin dengan suami, ia tidak menjadi satu masalah apabila perlu memelihara anak tiri yang ketika itu masih kecil. Naluri ibu datang secara semula jadi kerana memikirkan mereka ini kehilangan ibu ketika masih kecil,”katanya.

Tidak pernah membezakan kasih sayang antara prinsip hidupnya apabila turut memiliki enam anak kandung hasil perkahwina­n dengan suami itu menjadikan kehidupan Rajaah selama lebih 40 tahun menjadi ibu kepada 12 anakanakny­a tidak pernah sepi.

“Saya ini, baik anak sendiri atau anak daripada arwah isteri pertama layanan sama rata. Apabila mereka buat kesalahan, saya akan tegur dan marah. Andai mereka meminta nasihat atau pandangan apabila menghadapi masalah, saya akan dengar rungutan serta beri dorongan.

“Karakter saya dengan arwah suami ibarat

‘langit dan bumi’ yang mana saya ini lebih suka bergurau dan mengusik anak-anak seperti seorang kawan. Tetapi personalit­i arwah suami sangat tegas dan garang dengan anak-anak.

“Namun ketegasan arwah bersebab iaitu mahu anak mengecapi kejayaan baik dalam ilmu akhirat mahupun dunia termasuk akademik. Maklumlah arwah suami hanyalah penoreh getah dan mengusahak­an kerja kampung. Dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang hidup susah.

“Arwah suami mementingk­an akademik. Dia cukup pantang anak-anaknya ponteng atau culas menyiapkan kerja sekolah. Malah arwah juga sangat aktif dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak-anak.

Saya ikut sama hormat dan mengambil langkah mendiamkan diri apabila suami memarahi anakanak jika hal berkaitan pelajaran,” katanya.

Kata Rajaah dalam didikan anak, sikap ibu perlu selaras dengan tindakan bapa baik ketika menegur atau memberi ganjaran terhadap anakanak.

“Penting juga peranan saya sebagai ibu untuk mengajar anak-anak mengaji sehingga mereka khatam al

-Quran meskipun sibuk membantu suami mencari nafkah. Maklumlah harapan suami cukup tinggi mahu melihat anak-anak melanjutka­n pengajian sehingga peringkat universiti sanggup†mengusahak­an bendang selain mengambil upah menoreh dan menjaga kebun orang,” katanya.

Tidak terasa perit sebaliknya syukur apabila anak-anaknya berjaya dalam bidang masing-masing dengan lapan daripada 12 berjaya memasuki universiti dengan tiga daripadany­a adalah bekas pelajar tajaan luar negara iaitu

Melbourne dan Adelaide, Australia dan Ohio, Amerika Syarikat.

Anak kelapan Rajaah, Zamzairi Jawi berkata, antara yang menyatukan mereka adik-beradik ialah air tangan ibunya. Ibunya itu tidak pernah gagal menyediaka­n sarapan pagi selain sajian kegemaran sekeluarga iaitu laksa apabila anak bersekolah asrama pulang.

“Sikap adil ibu ini terhadap kami adikberadi­k jelas terutama agihan kerja di rumah iaitu tidak kira lelaki atau perempuan perlu cuci baju atau pinggan sendiri. Bagitu juga kalau bab mengaji, semua wajib baca sampai khatam.

“Lagi satu sikap atau amalan ketika kami masih belajar dulu, asal ada sahaja antara kami menduduki ujian atau peperiksaa­n, ibu akan jamu makanan di masjid selain mengadakan majlis bacaan doa selamat. Nampak amalan ini remeh, pada saya itu mungkin juga antara tip membantu kami berjaya sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu kisah guru agama di Sekolah Agama Ulum Syar’iyah Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, Aishah Abd Rahman juga boleh dijadikan tauladan apabila mampu melahirkan sembilan huffaz.

Katanya bukan mudah menyemai minat dalam diri setiap anak-anaknya supaya menjadi huffaz dan dekat dengan al-Quran.

“Mengikut teori dalam mendidik anak-anak di Barat, sejak dalam kandungan lagi janin sudah boleh didedahkan dengan pembacaan atau apa sahaja ilmu yang ingin disampaika­n kepada anakanak.

“Malah ada satu kajian bahawa ibu bapa yang memperdeng­arkan anak sejak dalam kandungan dengan pelbagai bahasa menjadikan anak itu lebih mudah menguasai pelbagai bahasa.

“Jadi, teknik yang sama saya gunakan pada anakanak sejak mengandung yang sulung hinggalah kepada yang bongsu. Apabila mereka menginjak usia awal persekolah­an sejak tadika, saya dapat lihat mereka lebih mudah menguasai pengajian al-Quran termasukla­h menghafal.

“Anak-anak pula ramai, jadi mahu atau tidak memang kena tekadkan hati dan bersikap tegas dengan anak-anak bab mengaji Al-Quran. Berbanding dengan suami, Amran Ahmad,

62, bersikap tenang, saya sebagai ibu mereka mempunyai karakter lebih garang dengan anak-anak,” katanya.

Tambah Aishah, selain berdoa, dia turut mempelbaga­ikan pendekatan seiring dengan peningkata­n dan perbezaan karakter pada anak-anak.

“Setiap anak ada karenah sendiri, ketika mereka kecil ada nakalnya dan saya bertegas dengan mereka. Apabila anak menginjak usia remaja, saya rendahkan ego dengan mula meminta maaf kepada anak-anak. Anakanak mudah lembut hati serta mudah akur.

“Saya juga seperti ibu yang lain tidak lari membuat kesilapan dan ada ketika beremosi. Ada masa terlepas marah atau lakukan perkara yang tidak disukai anak-anak.

“Tetapi apabila terpandang wajah polos ketika mereka tidur, saya jadi tersentuh dan rasa bersalah apabila berkasar dengan anak-anak. Selalu juga saya menangis sendiri sebab kesal dan selalu mendoakan kesejahter­aan mereka supaya mudah menghafal selain dekat dengan al-Quran,” katanya.

Tambah Aishah lagi, anak-anaknya itu disifatkan sangat baik dan boleh menerima serta memahami cara didikannya yang disifatkan mungkin ekstrim bagi sebahagian keluarga yang biasa.

“Ada juga terselit rasa simpati sebab anak terpaksa hidup cara berbeza dengan rakan sebaya mereka. Waktu itu mungkin lumrah anak kecil suka menonton televisyen dan bermain tetapi peluang itu tidak dinikmati pada anakanak yang mana tiada kemudahan televisyen di rumah.

“Rutin mereka banyak dimanfaatk­an untuk belajar selain menghafal al-Quran. Selain itu kehidupan anak-anak sejak masuk pusat tahfiz pula mereka mula mencari pendapatan sendiri apabila menjadi imam undangan bagi masjid-masjid selain mengajar.

“Sekarang ini dapat lihat didikan yang mana saya terapkan dahulu turut dipraktikk­an pada anakanak mereka. Cuma yang saya terkejut apabila lihat cara mereka dirasakan jauh lebih tegas. Mungkin apabila sudah berusia, saya juga berubah dan mudah lembut dengan cucu,” katanya.

Tidak menolak pernah dikritik cara beliau membesarka­n anakanak kerana dikatakan pengajian bidang huffaz ini tiada masa depan.

“Memang dahulu ada yang perlekeh cara didikan ustazah iaitu mengutamak­an pengajian menghafal al-Quran berbanding akademik. Tetapi melihat perkembang­an anak apabila sudah biasa dengan menghafal al-Quran, mereka lebih cerdas.

“Lebih ketara perkembang­an pada anak nombor enam apabila lemah dalam akademik tiba-tiba menjadi pelajar terbaik setelah mula menghafal al-Quran. Jadi percaya kaedah itu terbaik saya Istiqamah.

“Meskipun ada yang memilih cabang lain selain agama, mereka masih melengkapk­an hafalan sehingga ke 30 juzuk termasukla­h anak bongsu yang kini mengikuti pengajian di Matrikulas­i Labuan dalam bidang pengajian Sains,” katanya.

Kata nenek kepada lima orang cucu itu lagi, kini enam daripada anaknya bergelar guru tahfiz selain tiga daripadany­a masih menyambung pengajian dalam bidang masingmasi­ng.

 ??  ??
 ?? FOTO IHSAN RAJAAN MUSA & AISHAH ABDUL RAHMAN ?? RAJAAH tidak pernah berasa susah membesarka­n anak-anaknyha.
FOTO IHSAN RAJAAN MUSA & AISHAH ABDUL RAHMAN RAJAAH tidak pernah berasa susah membesarka­n anak-anaknyha.
 ??  ?? TIDAK kisah bersusah payah dan hidup sederhana.
RAJAAH menikmati kehidupan bersama anak-anak.
TIDAK kisah bersusah payah dan hidup sederhana. RAJAAH menikmati kehidupan bersama anak-anak.
 ??  ?? SERING dibawa pergi bercuti oleh anak-anak.
RAJAAH seorang yang ceria dan mudah didekati.
RAJAAH bukan sahaja membesarka­n enam anak sendiri tetapi juga empat anak tiri dipelihara­nya. Gambar ini dirakamkan sebelum pandemik tercetus.
SERING dibawa pergi bercuti oleh anak-anak. RAJAAH seorang yang ceria dan mudah didekati. RAJAAH bukan sahaja membesarka­n enam anak sendiri tetapi juga empat anak tiri dipelihara­nya. Gambar ini dirakamkan sebelum pandemik tercetus.
 ??  ?? KETIKA dihantar mengerjaka­n umrah.
KETIKA dihantar mengerjaka­n umrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia