Harian Metro

Tugasan akhir ‘halang’ niat beraya

-

Johor Bahru: Biarpun rakan sekuliah memilih pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga, sebahagian kecil penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, memilih terus tinggal bagi menyiapkan tugasan mereka.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejurutera­an Perisian), Mimi Farhana Raduan, 26, yang berasal dari Sarawak berkata, ini kali pertama dia tidak beraya bersama keluarga di Kampung Aru, Sundar, Lawas.

“Rasa sedih memang ada. Bagaimanap­un, ibu, Lianah Houssin, 52, dan bapa, Raduan Ali, 55, serta keluarga faham kenapa saya tidak pulang beraya bersama mereka.

“Saya akan gunakan masa di sini untuk siapkan tugasan tahun akhir dan tuntutan pembelajar­an lain,” katanya ditemui di Kolej Datin Seri Endon UTM di sini, semalam.

Menurut Mimi Farhana, ketika ini, dia cuba mengelak mendengar dendangan lagu raya yang berkumanda­ng di corong radio kerana terusik dan teringat ibu bapa serta keluarga di kampung.

“Saya tetap sambut raya. Saya akan mengenakan baju kurung hijau, ia tema raya kami tahun ini.

“Pastinya saya merindui menu kelupis (ketupat beras pulut), rendang ayam, kari dan kek lapis,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Sementara itu, Putri Anisah Ahmad, 24, juga tidak pulang ke Selangor kerana mahu menyiapkan tugasan akhir yang menuntutny­a untuk mengumpul data.

Katanya, dia juga tidak mahu membazir waktu kerana perlu menjalani tempoh kuarantin sekiranya pulang ke kampung.

“Saya memilih tidak pulang sebab perlu menyiapkan projek tahun akhir yang memerlukan penggunaan makmal.

“Saya juga perlu ada di UTM untuk mengambil data ketika Aidilfitri. Saya sudah maklumkan kepada keluarga dan mereka faham dengan situasi ini,” katanya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan Sains Sukan di UTM.

 ??  ?? MIMI (kiri) bersama Putri Anisah memilih untuk tidak pulang beraya kerana mahu menyiapkan projek tahun akhir.
MIMI (kiri) bersama Putri Anisah memilih untuk tidak pulang beraya kerana mahu menyiapkan projek tahun akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia