Harian Metro

689 penuntut UTM dibenar balik kampung

-

Johor Bahru: Seramai 689 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, dibenarkan pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka mulai malam semalam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Dr Shamsul Sahibuddin berkata, penuntut dibenar pulang ke rumah bermula 7 hingga 12 Mei dan perlu pulang semula ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

Menurutnya, kebenaran untuk pulang ini adalah tertakluk kepada penuntut yang akan pulang ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja, kecuali Sarawak.

“Sehingga 6 Mei, 2,073 penuntut membuat permohonan pulang ke kampung.

“Bagi memudahkan penuntut dan mengutamak­an kebajikan mereka, kami menyediaka­n kemudahan perkhidmat­an bas menerusi program Jom Balik Kampung dan hanya mengenakan bayaran minimum.

“UTM menyediaka­n enam bas yang akan bergerak setiap hari bermula 6 Mei hingga 11 Mei dan ia dibahagika­n mengikut empat zon iaitu zon timur, utara, tengah dan selatan,” katanya.

Shamsul berkata, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bersama UTM Fleet bekerjasam­a dalam merekodkan pergerakan penuntut daripada peringkat permohonan keluar sehingga tiba ke zon masing-masing serta sekembalin­ya semula penuntut ke kampus.

Beliau berkata, perjalanan pertama penuntut pulang ke kampung masing-masing membabitka­n 290 individu.

Mereka pulang ke pantai timur selain utara diikuti 134 penuntut ke zon selatan.

“Seramai 145 penuntut pulang dengan kenderaan sendiri, 113 diambil keluarga dan tujuh menaiki kapal terbang,” katanya.

2,073 penuntut membuat permohonan pulang ke kampung Dr Shamsul

 ??  ?? PELAJAR yang dibenarkan pulang beratur sebelum menaiki bas yang disediakan pihak universiti di UTM Skudai, semalam.
PELAJAR yang dibenarkan pulang beratur sebelum menaiki bas yang disediakan pihak universiti di UTM Skudai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia