Harian Metro

Pilih jaga kebajikan rakan di kampus

-

Sintok: “Saya pilih tidak pulang beraya di rumah kerana rasa bertanggun­gjawab untuk memastikan kebajikan rakan-rakan di kampus dijaga ketika 1 Syawal nanti,” kata Abdul Haziq Abd Kongid, 22.

Presiden Inapan Siswa (Inasis) YMU Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, 197 penuntut di Inasis memilih tidak pulang ke kampung masing-masing atas pelbagai sebab.

Katanya, dia dan rakan menyediaka­n 60 balang biskut raya untuk diedar sebelum Aidilfitri agar penuntut yang berada di kampus dapat merasai suasana hari raya.

“Saya sudah maklumkan kepada ibu bapa tak balik beraya di rumah di Sungai Buloh, Selangor. Alhamdulil­lah, mereka faham dengan keadaan saya dan turut mengirimka­n biskut raya.

“Kami juga kumpul duit untuk sediakan semperit, mazola dan cornflakes madu sejak seminggu lalu. Resepi biskut saya tanya rakan senior sebelum ini, mujurlah biskut ini ‘menjadi.’

“Selain itu, kami cadang membakar lemang sehari sebelum hari raya,” katanya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi.

Abdul Haziq berkata demikian ketika ditemui selepas pelepasan pulang pelajar UUM ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri di universiti itu, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Penuntut lain Idznin Alish Muhd Azirul Aridi, 21, berkata, walaupun pulang ke kampung halamannya di Ketereh, Kelantan namun dia tidak berhasrat berkunjung ke rumah sanak saudara berikutan bimbang dengan penularan Covid-19.

“Saya hanya beraya bersama keluarga saja, semua orang tahu kes di Kelantan tinggi sekarang, jadi saya ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

 ??  ?? PENUNTUT UiTM Nik Muhammad Faris Azhari, 24 (dua dari kiri) bersama rakan membuat persediaan untuk pulang menyambut Aidilfitri ketika tinjauan di Kolej Perindu Kampus UiTM Shah Alam, semalam. Pergerakan pelajar di setiap IPT akan dilaksana secara berfasa bagi memastikan pergerakan terkawal dengan tarikh pulang ke rumah masing-masing ditetapkan mulai 7 hingga 12 Mei manakala tarikh kembali ke kampus dari 15 hingga 20 Mei.
PENUNTUT UiTM Nik Muhammad Faris Azhari, 24 (dua dari kiri) bersama rakan membuat persediaan untuk pulang menyambut Aidilfitri ketika tinjauan di Kolej Perindu Kampus UiTM Shah Alam, semalam. Pergerakan pelajar di setiap IPT akan dilaksana secara berfasa bagi memastikan pergerakan terkawal dengan tarikh pulang ke rumah masing-masing ditetapkan mulai 7 hingga 12 Mei manakala tarikh kembali ke kampus dari 15 hingga 20 Mei.
 ??  ?? PENUNTUT mengimbas suhu badan sebelum menaiki bas disediakan di UUM, Sintok, semalam.
PENUNTUT mengimbas suhu badan sebelum menaiki bas disediakan di UUM, Sintok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia