Harian Metro

KEADAAN AGAK ‘GENTING’

-

Ledakan kes harian baharu sejak beberapa minggu lepas sehingga melebihi tiga ribu, sekali lagi meletakkan Malaysia dalam keadaan ‘genting’ untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang sudah berlarutan lebih setahun lamanya.

Ini boleh dilihat apabila kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 setakat kelmarin, Khamis 6 Mei 2021 meningkat kepada 33,762 kes sementara kes kumulatif 427,927 kes.

Kelmarin juga negara mencatat 3,551 kes harian baharu dengan tiga negeri menyumbang kes terbanyak iaitu Selangor (1,137 kes), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (477 kes) dan Sarawak (391 kes).

Kes harian baharu melebihi tiga ribu dicatat pada 5 Mei (3,744 kes), 4 Mei (3,120 kes) dan 2 Mei (3,418 kes).

Laporan harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronaviru­s 2019 (Covid-19) di Malaysia turut menunjukka­n semakin banyak kluster baharu dikesan.

Pada Rabu 5 Mei 2021 sahaja, 20 kluster baharu dilaporkan dengan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) kluster pendidikan dan dua (2) kluster keagamaan.

Setakat 6 Mei 2021, masih ada 418 kluster aktif dan 96 daripadany­a menambah kes baharu.

Kes pesakit Covid-19 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut meningkat dan setakat kelmarin, 354 kes dan 199 kes daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham Ahad lepas menyatakan penggunaan katil rawatan kritikal di Lembah Klang mencapai 90 peratus.

Ledakan kes harian baharu yang bagaimanap­un tidak dikaitkan sebagai Gelombang Keempat membuatkan kerajaan menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri dan daerah.

Pada 4 Mei, PKP diisytihar­kan untuk enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang, berkuat kuasa dari 6 Mei hingga 17 Mei 2021.

PKP turut diisytihar untuk tempoh 7 Mei hingga 20 Mei 2021, bagi Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, Johor, Mukim Taiping, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak; di 14 mukim dalam daerah

Besut (kecuali Mukim Hulu Besut), Terengganu.

Malaysia turut menyekat kemasukan pengembara dari Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan.

Menteri Kanan Keselamata­n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n ia susulan tambahan sekatan penerbanga­n dari dan ke India berikutan kebimbanga­n penularan Covid-19.

Malaysia juga mencatat kes pertama kemasukan varian Covid-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1. Mengumumka­n perkara ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, di samping itu, negara juga mengesan 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351, UK B.1.1.7 (8 kes) dan varian Nigeria B. 1.525 (2 kes).

Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 melepasi angka 50 ribu pada Gelombang Ketiga Covid-19 iaitu sebanyak 50,894 kes pada 6 Februari 2021.

Setakat ini, di bawah Gelombang Ketiga, Malaysia hanya sekali mencatat kes harian baharu tiga angka iaitu pada 29 Mac 2021 sebanyak 941 kes.

Dengan 427,927 kes kumulatif Malaysia kini di tangga 42 (berbanding 43 minggu lepas) dalam senarai 216 buah negara dilanda pandemik Covid-19.

Malaysia kini mengatasi Arab Saudi (422,316 kes) dan di hadapan Malaysia adalah Maghribi (512,656 kes).

Setakat 6 Mei 2021, 2,709 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada Covid-19 kini 392,555 kes (91.7 peratus).

Sehingga Khamis 6 Mei, 2021, Malaysia mencatat 1,740 kluster dan 1,322 daripadany­a diisytihar tamat. Sebanyak 418 masih aktif dan 96 daripadany­a menambah kes baharu.

Tiga kluster mencatat pertambaha­n kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Besar Sungai Jawi (94 kes), Kluster Jalan Padang Tembak (75 kes), dan Kluster Industri Lengkuk Teknologi (59 kes).

Sebanyak 14 kluster baharu diumumkan kelmarin, dan maklumat seperti tertera di bawah:

Sabtu 1 Mei - 14 kluster baharu, melibatkan masing-masing empat kluster komuniti, kluster tempat kerja, dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta dua kluster keagamaan.

Ahad 2 Mei - 11 kluster baharu, melibatkan lima kluster komuniti, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta dua kluster tempat kerja.

Isnin 3 Mei - 9 kluster baharu melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan kluster tempat kerja, dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta satu kluster pusat tahanan.

Selasa 4 Mei - 17 kluster baharu melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM dan satu kluster keagamaan.

Rabu 5 Mei - 20 kluster baharu melibatkan lapan kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, empat sektor pendidikan termasuk tiga kluster institusi pendidikan KPM, dan dua kluster keagamaan.

Khamis 6 Mei - 14 kluster baharu melibatkan lapan kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadiny­a pada Khamis 6 Mei 2021 mengumumka­n, kadar kebolehjan­gkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 Mei 2021 untuk seluruh negara kekal 1.07. Negeri mencatat Ro tertinggi ialah Terengganu 1.32, Perak 1.21 dan Kedah 1.19.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjan­gkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjan­gkitan sepanjang tempoh rangkuman (24 April hingga 30 April 2021) secara konsistenn­ya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaika­n lekuk jangkitan koronaviru­s maut ini.

 ??  ?? ANGGOTA Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak bagi memastikan orang awam tidak melanggar Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), semalam.
ANGGOTA Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak bagi memastikan orang awam tidak melanggar Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia