Harian Metro

DUDUK DIAM DI RUMAH!

Pakar saran PKP ketat 21 hari sekiranya kes harian Covid-19 terus mencanak

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Kerajaan tidak ada pilihan selain terpaksa melaksanak­an secara total Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekurang-kurangnya 21 hari sekiranya kes harian penularan Covid-19 di negara ini terus mencanak.

Saranan itu dilontarka­n pakar virologi Profesor Sazaly Abu Bakar sambil menjelaska­n ia juga bermakna seluruh rakyat di Malaysia terpaksa diam duduk di rumah dalam tempoh itu.

Katanya, strategi penguatkua­saan lebih agresif satu keperluan dalam memerangi virus Covid-19 yang kini sudah bermutasi dengan pelbagai varian.

“Jika angka terus melonjak, kita tidak ada jalan lain, tetapi PKP penuh, seratus peratus diam di rumah untuk 21 hari.

“Boleh memutuskan penularan virus. Ia sudah dilakukan dengan penuh berkesan di China. Kini, mereka tiada kes penularan besar-besaran kerana setiap kes positif berlaku mereka akan membuat saringan penduduk secara besar-besaran untuk mengesan semua positif yang mungkin tidak bergejala,” katanya.

Ditanya sama ada saranan itu bermaksud mengutamak­an sektor kesihatan dahulu dan terpaksa mengorbank­an sektor lain, beliau berkata, hakikatnya rakyat sihat pun ekonomi menyerlah.

“Tempoh tertentu diperlukan untuk memastikan tiada penularan di luar. Jika adanya jangkitan baru ia hanya berlaku dalam isi rumah semasa PKP penuh sedang berjalan,” katanya.

Malaysia merekodkan 4,498 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu selepas lebih sebulan (39 hari) mencatatka­n angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya semalam berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,424 kes diikuti Sarawak (750 kes) dan Kuala Lumpur (436 kes).

Ia sudah dilakukan dengan penuh berkesan di China. Kini, mereka tiada kes penularan besar-besaran kerana setiap kes positif berlaku mereka akan membuat saringan penduduk secara besar-besaran untuk mengesan semua positif yang mungkin tidak bergejala” Sazaly Abu Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia