Harian Metro

Cemas cari mangsa kemalangan ‘hilang’

-

Anggota polis dan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mencari pemandu Perodua Alza yang ‘hilang’ selepas kenderaan dipandunya terbakar dalam kejadian di Bukit Kor, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanap­un, pencarian pasukan penyelamat dihentikan sebaik dimaklumka­n ‘mangsa’ pulang ke rumahnya di Kampung Rusila dengan menumpang orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superinten­dan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.20 pagi apabila lelaki berusia 37 tahun memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Rusila ke Bukit Payong.

Menurutnya, kenderaan dipandunya dikatakan terbakar selepas melanggar besi penghadang jalan sebelum polis termasuk bomba ke lokasi kejadian.

“Bagaimanap­un, keadaan bertukar kelam-kabut apabila kami tidak menemui mangsa sebelum segera mencarinya di kawasan berhampira­n termasuk cerun.

“Selepas hampir 30 minit mencari, kita dimaklumka­n mangsa pulang ke rumahnya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap kenderaan mangsa tidak menemui barang terlarang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang Mohd Zafelee Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.39 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera serta kenderaan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, terdapat sebuah kenderaan sedang terbakar selepas dipercayai terbabas sebelum usaha memadam kebakaran giat dilakukan,” katanya.

Kenderaan terbakar selepas melanggar besi penghadang jalan

 ??  ?? KEADAAN Perodua Alza yang terbakar selepas terbabas di Bukit Kor, awal pagi semalam.
KEADAAN Perodua Alza yang terbakar selepas terbabas di Bukit Kor, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia