Harian Metro

BUKAN DI BAWAH PORTA DE SANTIAGO

Masjid Agong dirobohkan Portugis terletak di kawasan Bulatan Kancil berhampira­n Bangunan Stadthuys

- Oleh Nuraliawat­i Sabri am@hemtro.com.my

Kota A Famosa sememangny­a dibina di atas runtuhan Masjid Agong, tetapi bukannya di bawah pintu gerbang arah selatan Porta de Santiago yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (perzim), Mohd Nasruddin Rahman berkata, kawasan Kota A Famosa sememangny­a luas dan mengelilin­gi bukit selain mempunyai lima pintu di kawasan sekitar.

“A Famosa dibina di atas runtuhan masjid...itu betul jawapan saya. Untuk makluman daripada sumber yang ada (sama ada Portugis atau Melayu) sememangny­a ada menyebut berkaitan kewujudan masjid itu.

“Tetapi ia (kedudukan masjid) dipercayai terletak di kawasan Bulatan Kancil berhampira­n Bangunan Stadthuys menghadap ke Sungai Melaka. Ia masih di bawah kawasan Kota A Famosa bukannya di Porta de Santiago,” katanya ketika ditemui di Muzium Rakyat, Bandar Hilir di sini, semalam.

Menurutnya, Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka memang wujud dan terletak di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadhuys.

Beliau berkata, sebagai simbolik Surau Warisan Dunia dibina berhampira­n lokasi itu untuk menyatakan terdapatny­a Masjid Agong di kawasan berkenaan suatu masa dahulu.

Mengulas lanjut beliau berkata, catatan juga mengatakan binaan Kota A Famosa juga terdiri daripada runtuhan di sekitarnya termasuk istana, masjid serta makam pembesar Melaka.

“Kota Melaka ini besar dan pernah menempatka­n istana utama, istana permaisuri, kubu pertahanan serta penempatan rakyat jelata yang berkeluasa­n dianggarka­n tiga kilometer. Jadi pelbagai binaan dalam kota ini digunakan Portugis untuk membina Kota A Famosa.

“Cuma apa yang salah adalah persepsi masyarakat mengenai istilah A Famosa apabila mereka membayangk­an kawasan (tapak lama masjid) terletak di pintu Porta de Santiago.

“Apa yang mengeliruk­an masyarakat adalah apabila mereka menganggap A Famosa itu adalah pintu gerbang arah selatan iaitu Porta de Santiago yang selalu menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar sedangkan ia sebahagian keseluruha­n Kota A Famosa itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, tular promo sebuah dokumentar­i dan menjadi perdebatan netizen

‘ Cuma apa yang salah adalah persepsi masyarakat mengenai istilah A Famosa apabila mereka membayangk­an kawasan (tapak lama masjid) terletak di pintu Porta de Santiago” Mohd Nasruddin Rahman

apabila mendakwa Kota A Famosa dibina di atas runtuhan Masjid Agong.

Mohd Nasruddin berkata, A Famosa bermula dengan kota kecil digelar Fortaleza de Malaca yang dibina Portugis sebagai benteng pertahanan untuk menangkis serangan pelbagai pihak termasuk Sultan Mahmud Shah bagi mendapatka­n kembali Melaka dari tangan Portugis.

“Untuk mengukuhka­n kedudukan mereka, Portugis mula membesarka­n kota terbabit lalu digelar A Famosa. Jadi, mengatakan Masjid Agong terletak di bawah Kota A Famosa adalah betul.

“Mengikut catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu yang mana ia diruntuhka­n dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia