Harian Metro

Perlu hafal ‘bahasa’ gajah

-

Kemahiran mahut membelai gajah denak penting bagi memastikan setiap tugasan diberikan termasuk rondaan di pedalaman hutan dapat dilakukan dengan baik tanpa timbul sebarang masalah.

Ini ditegaskan Suhaimi Ibrahim, 36, yang berpengala­man sebagai mahut selama 15 tahun mengembala gajah tempatan dan import untuk aktiviti operasi memindahka­n gajah liar yang ditangkap di beberapa negeri di Semenanjun­g.

Dia yang mampu mengendali­kan semua gajah denak terdapat di PKGK Kuala Gandah berkata, tugas sebagai mahut seronok, tetapi mencabar tanpa kebolehan gajah bersaiz besar itu tidak mungkin dapat dikawal.

Katanya, dia mula bertugas sebagai mahut dengan mengendali gajah betina bernama Kasturi selama lebih 10 tahun selepas itu beberapa gajah lain yang terdapat di PKGK Kuala Gandah.

“Untuk mengendali gajah denak, mahut perlu menghafal beberapa perkataan utama sebagai arahan pada gajah. Sebagai contoh hing, cerong, hijah, hor dan cik.

“Semua gajah tempatan menggunaka­n bahasa yang sama, ketika bertugas mahut perlu sentiasa memberi arahan kepada gajah bagi memastikan tugas berjalan lancar,” katanya.

Katanya, persefaham­an di antara mahut dan gajah amat penting pada setiap masa, justeru mahut perlu sentiasa memiliki sifat kasih dan sayang antara manusia dan haiwan.

Suhaimi menambah, minat mendalam dengan tugas yang diamanahka­n juga turut menjadi faktor utama seseorang mahut itu berjaya menjalanka­n tugas dengan sempurna dan berkesan.

“Sebelum ini, saya pernah mengendali gajah denak dari India dan Myanmar untuk operasi memindahka­n gajah liar,” katanya yang berbangga bertugas sebagai mahut.

 ??  ?? PERSEFAHAM­AN di antara mahut dan gajah amat penting pada setiap masa.
PERSEFAHAM­AN di antara mahut dan gajah amat penting pada setiap masa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia