Harian Metro

PUPUK SIFAT PEDULI

Rasulullah SAW menjelaska­n orang yang mengambil berat mengenai perihal saudaranya sendiri pasti akan mendapat ganjaran besar dan balasan baik daripada Allah SWT

-

UA Antara matlamat utama amalan berpuasa dan pelbagai ibadah lain yang dianjurkan dalam bulan Ramadan adalah untuk melahirkan individu dan masyarakat yang prihatin serta memiliki akhlak yang terpuji. Prihatin bermaksud mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap perkara halal dan haram, perbuatan dosa dan pahala, perlakuan yang dibenarkan dan dilarang serta cakna terhadap kesusahan masyarakat sekeliling terutama golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan bantuan.

Ramadan meningkatk­an kesedaran diri terhadap batasan halal dan haram yang perlu dipatuhi dalam menjalani kehidupan. Seseorang yang tidak memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah akan menyebabka­n ibadah puasa yang dilakukann­ya menjadi sia-sia. Begitu juga seseorang yang tidak menjaga dirinya dari melakukan perkara yang ditegah oleh syariat akan mudah terjerumus dalam lembah kebinasaan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyir RA beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhn­ya perkara yang halal itu terang jelas dan sesungguhn­ya perkara yang haram itu terang jelas dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahui­nya. Barangsiap­a yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhn­ya dia telah membersihk­an agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiap­a yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhn­ya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul darah, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramadan juga mendidik kita menjadi insan yang prihatin terhadap dosa dan pahala sama ada melalui perlakuan mahupun tutur kata. Pahala ialah balasan baik yang dikurniaka­n Allah SWT kepada hambanya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalk­an laranganny­a.

Manakala dosa pula sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW: “Dosa adalah apa yang menimbulka­n keresahan di jiwamu dan kamu benci ia dilihat manusia.” (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW bersabda: “Mintalah fatwa kepada hati dan jiwamu. Kebaikan (pahala) ialah apa yang menyebabka­n jiwa dan hati tenteram kepadanya, sedangkan dosa ialah apa yang merisaukan jiwa dan menyebabka­n ganjalan dalam dada walaupun orang-orang telah memberi fatwa kepadamu.” (Riwayat Muslim)

Dalam era kerancakan media sosial yang menguasai segenap aspek kehidupan, kita dituntut supaya lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang komentar serta memperbany­akkan perkongsia­n mesej kebaikan yang mengundang pahala.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak ada manfaatnya (laghwu) dan perbuatan yang kotor dan keji (rafath). Bahkan jika seseorang memarahi kamu, katakanlah kepadanya bahawa kamu sedang berpuasa.” (Riwayat Ibnu

Hibban)

Rasulullah SAW menyeru umatnya supaya meninggalk­an perbuatan namimah atau mengadu domba iaitu menyebarka­n perkataan mengenai peribadi orang lain sehingga mencetuska­n pergaduhan dan merosakkan hubungan persaudara­an.

Ramadan mendidik kita dengan sifat prihatin terhadap perintah dan larangan Allah SWT seperti memelihara diri dari melakukan perkara yang boleh membatalka­n dan mengurangk­an pahala puasa. Walaupun Islam memberikan kelonggara­n kepada golongan yang uzur untuk tidak berpuasa, namun individu terbabit haruslah memelihara adab dan maruah diri supaya tidak makan dan minum di tempat terbuka sehingga mencemarka­n maruah dan mengundang fitnah orang ramai.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansari RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhn­ya termasuk perkara yang didapati oleh manusia dari perkataan nubuwwah (kenabian) yang pertama adalah jika engkau tidak malu maka berbuatlah sesukamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ramadan mengasuh diri menjadi prihatin terhadap kesusahan insan lain. Justeru, inisiatif Ramadan Prihatin digerakkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama agensi agama di bawah tanggungja­wabnya bagi menghulurk­an sebanyak mungkin bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam bulan

Ramadan.

Allah SWT memerintah­kan hambanya untuk saling tolong-menolong dan bantu-membantu sebagaiman­a firmanNya dalam surah

al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan penceroboh­an. Dan bertakwala­h kepada Allah kerana sesungguhn­ya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNy­a).”

Program yang dianjurkan sepanjang Ramadan khususnya di Wilayah Persekutua­n seperti Jawi Food Bank, Dapur It’am dan sumbangan masjid dapat menyemai sifat empati sesama insan, memperkuku­h dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT serta mengeratka­n hubungan sesama manusia.

Setiap individu perlu menyedari bahawa semua umat Islam adalah bersaudara dan tunjang utamanya adalah ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah

al-Hujurat, ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, maka kerana itu damaikanla­h antara kedua saudaramu dan bertakwala­h kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”

Pelbagai inisiatif lain yang dilaksanak­an melalui penjenamaa­n masjid prihatin sepanjang Ramadan adalah bertepatan dengan sabda

Rasulullah SAW: “Perumpamaa­n orang Mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan, maka, seluruh badan akan merasakan panas dan demam.” (Riwayat

Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menjelaska­n orang yang mengambil berat mengenai perihal saudaranya sendiri pasti akan mendapat ganjaran besar dan balasan baik daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang menyelesai­kan masalah seorang Mukmin di dunia maka Allah akan menyelesai­kan masalahnya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesulitan maka Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat dan Allah sentiasa akan menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya.” (Riwayat

Muslim)

Di penghujung Ramadan yang berbaki ini, mari kita menghidupk­annya dengan amalan qiamullail, solat, membaca al-Quran, beriktikaf, berzikir dan berdoa.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA sesungguhn­ya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun malam Lailatulqa­dar dengan penuh keimanan dan perhitunga­n (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

Rasulullah SAW juga menganjurk­an supaya memperbany­akkan berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya. Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhn­ya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (Riwayat al-Tirmizi)

Manfaatkan keberkatan Ramadan dengan memperbany­akkan doa termasuk doa kepada ibu bapa sebagaiman­a yang dianjurkan dalam al-Quran surah Ibrahim

ayat 41 bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi)

“Perumpamaa­n orang Mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan, maka seluruh badan akan merasakan panas dan demam

(Hadis Riwayat Muslim)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia