Harian Metro

AJAL 3 HARI BALIK RUMAH

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher

- Oleh Essa Abu Yamin am@hmetro.com.my

‘Ketika kejadian, tiada ahli keluarga lain di rumah dan berdasarka­n keterangan awal, keluarga mangsa mengesahka­n mangsa ada mengadu mengalami tekanan perasaan selain mengambil ubat penenang”

Seorang lelaki berusia 32 tahun yang baru tiga hari pulang ke rumah keluargany­a di Taman Nira, dekat sini, ditemui mati dengan kesan kelar di leher dalam bilik kediaman berkenaan petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat awam jam 4.30 petang menyatakan mangsa mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri.

“Kami bergegas ke lokasi bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Mangsa ditemui bapanya berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di leher,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ismail berkata, sebilah pisau turut ditemui berhampira­n mangsa dan siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk selain tiada barangan berharga hilang.

“Mangsa baru kembali ke rumah keluargany­a kelmarin (Rabu). Sebelum ini, dia tinggal di Kuala Lumpur.

“Mangsa dihantar pulang dua rakannya,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir ibu bapa mangsa melihatnya ialah pada tengah hari kelmarin, ketika mereka mahu keluar bekerja.

“Ketika kejadian, tiada ahli keluarga lain di rumah dan berdasarka­n keterangan awal, keluarga mangsa mengesahka­n mangsa ada mengadu mengalami tekanan perasaan selain mengambil ubat penenang.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat,” katanya.

Ismail Dollah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia