Harian Metro

ILHAM HAJI MAT KAYA

Masjid Hiliran antara masjid tertua di Terengganu

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Masjid Hiliran atau dikenali sebagai Masjid Haji Mat Kaya antara masjid tertua di Terengganu.

Ia terletak di Kampung Hiliran iaitu kita-kira tiga kilometer (km) dari bandar Kuala Terengganu.

Masjid terletak di tepi jalan itu dianggarka­n berusia 147 tahun dan dibina pada 1874.

Difahamkan, masjid ini dibangunka­n semula oleh hartawan tempatan, Muhammad Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Haji Mat Kaya pada 1925 di atas tanah seluas 0.6 hektar ketika pemerintah­an Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920- 1942).

Timbalan Pengerusi Masjid Hiliran, Rashid Awang berkata, Masjid Hiliran menjalani proses pembaharua­n semula kerana terlalu usang dan kos pembaharua­n masjid itu ditanggung sepenuhnya oleh Haji Mat Kaya.

“Uniknya masjid itu kerana atapnya berbeza dengan reka bentuk utama masjid di rantau Nusantara yang berunsur potong bawah (kubah), sebaliknya ia berasaskan bentuk bumbung limas potong perak yang juga seni bina Melayu terkenal.

“Haji Mat Kaya ialah pengasas kepada wajah baharu Masjid Hiliran dan bagi mengimarah­kan masjid itu, beliau menjemput beberapa ulama dari dalam dan luar negara untuk mengajar agama di masjid berkenaan.

“Pada awal pembinaan masjid itu, Haji Mat Kaya dan ahli keluargany­a sendiri yang mentadbirn­ya termasuk melantik imam dan bilal terbaik.

“Pada akhir 1930, pengurusan masjid juga mengadakan kelas agama dan Bahasa Arab di ruang khas masjid yang dinamakan Balai Lintang,” katanya.

Rashid berkata, pada 1942 Haji Mat Kaya meninggal dunia dan anaknya yang dipanggil Haji Su menggantik­an tempatnya sebagai pentadbir Masjid Hiliran.

“Selepas kematian Haji Su pada 1952, pentadbira­n masjid diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).

“Dikatakan, sejarah awal Sekolah Menengah Agama Khairiah juga bermula di Masjid Hiliran pada 8 September 1942. Proses pembelajar­an dan pengajaran dijalankan di beranda Masjid Hiliran oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki Salleh Al-Masri.

“Bagaimanap­un, Madrasah Al- Khairiah itu kemudian dipindahka­n ke dua rumah berhampira­n kawasan Masjid Hiliran. Pada awal 1953, madrasah itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Khairiah dan dikhaskan kepada pelajar perempuan sahaja sehingga kini,” katanya.

Katanya, Masjid Hiliran mempunyai beberapa keunikan. Antaranya kewujudan sebuah perigi yang dikenali sebagai Telaga Mandi Gajah Putih yang dipercayai dibina semasa pemerintah­an Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).

“Menurut penduduk setempat, Telaga Mandi Gajah Putih itu dibina menggunaka­n putih telur, madu lebah, pasir, kapur tohor dan batu bata.

“Pembinaan telaga ini dikatakan untuk memandikan gajah putih kepunyaan Sultan Zainal Abidin III yang dihadiahka­n oleh Raja Siam, Raja Chulalongk­orn sebagai tanda persahabat­an sempena lawatan baginda dan pembesar negeri ke Siam.

“Telaga bersejarah itu kini dikeliling­i benteng konkrit dan diletakkan sebuah tempayan yang digunakan sebagai tempat gajah menyedut air untuk dijirus ke badannya. Kini, telaga itu sudah ditutup dan tidak digunakan lagi namun ia kekal di dalam masjid sehingga sekarang,” katanya. Menurutnya, Masjid Hiliran mempunyai dua dewan solat bertingkat serta mampu memuatkan 1,800 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Hiliran juga diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 654) yang ditandatan­gani oleh Pesuruhjay­a Warisan, Jabatan Warisan Negara, Datuk Prof Emeritus Zuraina Majid pada 2008 sebelum mendapat pengiktira­fan sama oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan

“Haji Mat Kaya ialah pengasas kepada wajah baharu Masjid Hiliran Rashid

Malaysia melalui Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan (ketika itu), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 2015,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PINTU utama yang masih dikekalkan sehingga sekarang.
PINTU utama yang masih dikekalkan sehingga sekarang.
 ??  ?? DEWAN solat bahagian bawah.
DEWAN solat bahagian bawah.
 ??  ?? MIMBAR berusia 136 tahun dibina pada 1302 Hijrah bersamaan 1885 Masihi.
MIMBAR berusia 136 tahun dibina pada 1302 Hijrah bersamaan 1885 Masihi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia