Harian Metro

HADIAH DARI RAKAN

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa 263 beg tangan pelbagai jenama, 27 pasang kasut dan 10 jam tangan mewah yang disita pihak polis di kediaman Datuk Seri Najib Razak berkaitan penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) adalah hadiah daripada rakan serta orang kenamaan.

Peguam Iskandar Shah Ibrahim yang mewakili isteri dan anak bekas perdana menteri itu iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan Nooryana Najwa juga berkata, tiada jejak wang menunjukka­n semua harta itu adalah hasil daripada penyelewen­gan dana 1MDB.

Iskandar Shah berkata, berdasarka­n afidavit yang diikrarkan pegawai penyiasat kes 1MDB, Superinten­dan Foo Wei Min, pihak pendakwaan sendiri tidak dapat memastikan bahawa beg tangan dan kasut berkenaan merupakan hadiah atau diperoleh daripada hasil aktiviti haram.

“Bagi beg tangan yang dirampas, ia merupakan hadiah daripada rakan kenalan rapat termasuk orang kenamaan, besan Datin Seri Rosmah, ibu mentua kepada Nooryana dan orang-orang lain yang tidak dikenali.

“Pihak kami berhujah bahawa pemohon (pendakwaan), tidak dapat mengenal pasti selain tidak membuat penilaian terhadap semua beg berjenama kecuali beg Hermes. Atas imbangan keberangka­lian, adalah tidak mustahil untuk Rosmah dan Nooryana yang merupakan isteri serta anak kepada mantan perdana menteri, menerimany­a sebagai hadiah atau membuat perolehan sendiri,” katanya ketika berhujah pada prosiding tuntutan pelucutan hak harta berkenaan daripada Rosmah, Nooryana dan 16 yang lain.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd dibeku antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.

Dalam notis usul lucut hak itu, pendakwaan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) serta Nooryana Najwa, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Sementara itu, peguam Azamuddin Aziz yang berhujah bagi pihak Riza Shahriz dan Nor Ashman Razak berkata, tiada sebarang bukti aliran wang yang menunjukka­n dana 1MDB digunakan untuk membeli 10 utas jam tangan milik mereka.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Jun bagi pihak pendakwaan untuk membalas hujahan.

 ??  ?? ROSMAH
ROSMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia