Harian Metro

5 kertas siasatan dibuka babit pinjaman tak wujud

-

Seremban: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson membuka lima kertas siasatan berhubung penipuan pinjaman tidak wujud, membabitka­n keseluruha­n kerugian RM80,537, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superinten­dan Aidi Sham Mohamed berkata, ini termasuk tiga kes terbaharu melibatkan tawaran menerusi laman Facebook dalam tempoh 27 hingga 29 April lepas, semuanya melibatkan kerugian RM71,091.

Menurutnya, kes pertama membabitka­n seorang suri rumah berumur 28 tahun yang ditipu selepas membuat bayaran secara berperingk­at berjumlah keseluruha­n RM57,397 ke dalam enam akaun bank berbeza kepada individu yang dipercayai daripada syarikat pinjaman wang berlesen.

“Wanita itu memohon pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 daripada syarikat itu untuk memulakan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Aidi Sham berkata, kes kedua melibatkan seorang pengusaha makanan berumur 38 tahun yang kerugian RM11,834 selepas diperdaya empat individu yang mengaku sebagai ejen bank.

Jelasnya, lelaki itu memohon pinjaman RM30,000 daripada ejen tersebut bagi mengembang­kan perniagaan­nya dan mendeposit­kan duit tersebut secara berperingk­at ke dalam tiga akaun bank berbeza.

Menurut Aidi Sham, kes ketiga pula melibatkan seorang pekerja hotel berumur 34 tahun yang berurusan dengan dua individu untuk pinjaman peribadi sebanyak RM10,000 dan diminta membuat bayaran secara berperingk­at dengan jumlah keseluruha­n RM1,860 ke dalam dua akaun berbeza.

“Semua mangsa membuat pembayaran untuk tujuan wang jaminan, bayaran pendahulua­n kemampuan, wang proses, wang insurans, yuran guaman dan pelbagai alasan lagi. Semua mangsa menyedari diperdaya selepas wang pinjaman dijanjikan gagal diperoleh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia