Harian Metro

TNB rai pengamal media dalam majlis berbuka puasa

-

Kuala Lumpur: Bagi menghargai peranan dan sumbangan media, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan pengamal media dalam satu majlis berbuka puasa di ibu negara.

Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hubungan TNB dan media tidak boleh dipisahkan dalam apa jua keadaan sama ada ketika ingin menyampaik­an berita baik mahupun melaporkan kejadian yang tidak diingini.

Katanya, pihaknya menghargai hubungan baik dan peranan media sepanjang perjalanan TNB memacu pembanguna­n negara terutama dalam menyampaik­an maklumat.

“Hubungan ini adalah satu ikatan yang perlu dieratkan dan dikekalkan kerana menerusi laporan rakan media, banyak isu berkaitan bekalan elektrik yang menjadi kebimbanga­n rakyat dapat dijelaskan.

“Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggun­gjawab terhadap bekalan elektrik, TNB menghadapi pelbagai cabaran demi menjamin kelancaran operasi selama 24 jam untuk manfaat rakyat.

“Sepanjang setahun menjadi Pengerusi TNB, saya menyaksika­n kegigihan warga kerja bagi menjamin kestabilan seluruh rantaian pembekalan bermula daripada penjanaan hingga kepada pelanggan di bandar, pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Pengurusan Tertinggi TNB Bersama Pengarang Kanan Media yang diadakan di Ibu Pejabat TNB Jalan Bangsar, kelmarin.

Lebih 40 pengarang kanan dan wartawan media cetak dan elektronik diraikan pada majlis itu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin

Din berharap hubungan antara TNB dan pengamal media dapat diperkukuh­kan berikutan terdapat persamaan operasi tanpa henti kepada masyarakat.

 ??  ?? MAHDZIR (kanan) beramah mesra bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris pada majlis iftar di Ibu Pejabat TNB Jalan Bangsar, kelmarin.
MAHDZIR (kanan) beramah mesra bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris pada majlis iftar di Ibu Pejabat TNB Jalan Bangsar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia