Harian Metro

MDEC, SEG terima pelajar pertama kampus 42KL

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjalinka­n kerjasama dengan Sunway Education Group (SEG) bagi menerima kohort pertama pelajarnya ke sekolah pengekodan kampus 42KL dengan tiada yuran pengajian, tiada guru dan tiada bilik darjah tradisiona­l.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, MDEC mengakui kepentinga­n kerjasama awam-swasta dan 42KL mewakili pencapaian utama ke arah hala tuju masa depan ini.

“Ini sejajar usaha berterusan kami untuk memastikan penciptaan dan pemupukan bakat berteknolo­gi tinggi yang diperlukan untuk menyemarak­kan lagi kepesatan ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerusi laporan The Future of Jobs Report 2020 menyatakan lapan daripada 10 pekerjaan utama di dunia memerlukan kemahiran teknologi digital.

“Manakala LinkedIn dalam laporannya, Emerging Jobs Report Malaysia 2020 melaporkan enam daripada 10 pekerjaan pada masa hadapan berkaitan digital.

“Oleh itu, MDEC akan memastikan bekalan tenaga kerja berteknolo­gi akan terpelihar­a dan berterusan demi memenuhi objektif yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SEG, Prof Elizabeth Lee berkata, visi 42KL dan status bukan keuntungan adalah

‘Oleh itu, MDEC akan memastikan bekalan tenaga kerja berteknolo­gi akan terpelihar­a dan berterusan demi memenuhi objektif yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital)”

Surina Shukri

sejajar dengan objektif Jeffrey Cheah Foundation yang memberi peluang sama rata kepada semua pelajar untuk belajar.

“Dengan adanya laluan pembelajar­an alternatif ini, kami memainkan peranan kecil kami dalam memastikan tiada siapa yang tertinggal.

“Kami di Sunway percaya masa depan pendidikan pelbagai dimensi dan menggunaka­n sepenuhnya sumber dan teknologi yang terdapat dalam Revolusi Perindustr­ian Keempat ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia