Harian Metro

BANTUAN RM100K

- Bisnes@hmetro.com.my

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkena­lkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) yang menawarkan pembiayaan di antara RM50,000 dan RM100,000 untuk membantu individu Bumiputera menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar (gambar) berkata, SPUR terbuka kepada semua individu Bumiputera berusia 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ketika penularan Covid-19 dan berhasrat untuk memulakan perniagaan atau mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac tahun lalu.

“Kadar keuntungan yang dikenakan kepada usahawan hanya 3.5 peratus setahun berdasarka­n kadar baki bulanan dan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun enam bulan.

“Penerima inisiatif ini diberikan penangguha­n pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluara­n dana.

“Pembiayaan SPUR ini boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Noh berkata, individu yang ditawarkan pembiayaan itu, berpeluang mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n keusahawan­an dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat serta pengurusan am. “Malah, mereka juga berpeluang untuk menyewa premis perniagaan milik PUNB dengan kadar sewa yang kompetetif. Ibra’ (rebat) sehingga 50 peratus daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik.

“PUNB komited untuk menyediaka­n peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan. Inisiatif SPUR ini bukan saja untuk menyediaka­n kemudahan dari aspek kewangan dan pembanguna­n keusahawan­an, tetapi ingin memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya tahan,” katanya.

Permohonan SPUR boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini, menerusi pautan di www.punb.com.my.

Keputusan permohonan SPUR akan dimaklumka­n kepada pemohon yang berjaya dalam masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentang­an racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai.

 ??  ?? INDIVIDU ditawarkan pembiayaan berpeluang mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n keusahawan­an.
INDIVIDU ditawarkan pembiayaan berpeluang mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n keusahawan­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia