Harian Metro

Arab Saudi, UAE komited labur RM2.36b di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Misi pelaburan dan perdaganga­n ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 April hingga 4 Mei lalu berjaya menarik komitmen pelaburan RM2.36 bilion daripada kedua-dua negara.

Selain itu, Arab Saudi juga menyatakan komitmen untuk meningkatk­an import minyak sawit Malaysia.

Misi diketuai Menteri Kanan yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu juga menarik komitmen untuk mendapatka­n barangan dan perkhidmat­an Malaysia berjumlah RM1.3 bilion.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti) dalam kenyataan berkata, kedua-dua negara itu komited memantapka­n lagi hubungan dengan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan lebih strategik, terutama dalam perdaganga­n dan pelaburan.

Miti berkata, antara pencapaian penting yang dicapai menerusi misi ke Arab Saudi adalah komitmen jitu kerajaan negara itu untuk meningkatk­an import minyak sawit Malaysia.

Katanya, peningkata­n import minyak sawit Malaysia itu akan menjadikan Arab Saudi hab pengedaran minyak sawit dan produk makanan berkaitan minyak sawit ke rantau Asia Barat dan Afrika Utara serta menyokong dasar meningkatk­an keselamata­n makanan di rantau itu.

Dari segi potensi pelaburan, ia berkata, syarikat di Arab Saudi komited dalam masa terdekat untuk melaburkan RM200 juta di Malaysia.

“Pada masa sama, syarikat Arab Saudi juga komited untuk mendapatka­n barangan dan perkhidmat­an Malaysia berjumlah RM833.5 juta yang akan direalisas­ikan dalam tahun mendatang.

“Begitu juga UAE, syarikat negara itu komited dalam jangka masa terdekat untuk melabur secara keseluruha­n RM2.16 bilion di Malaysia dan membeli barangan Malaysia berjumlah RM470 juta,” katanya.

 ??  ?? ARAB Saudi jadi hab edaran minyak sawit dan produk makanan berkaitan minyak sawit ke rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
ARAB Saudi jadi hab edaran minyak sawit dan produk makanan berkaitan minyak sawit ke rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia