Harian Metro

Care Seat praktikal

Perodua perkenal kerusi keselamata­n bayi, kanak-kanak baru

- Bisnes@hmetro.com.my

Perodua memperkena­lkan Care Seat, kerusi keselamata­n kanak-kanak baharu yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil yang menawarkan lebih fleksibili­ti, praktikal dan nilai kepada ibu bapa di Malaysia.

Ditawarkan pada harga RM680 di Semenanjun­g dan RM695 di Sabah/Sarawak, Perodua Care Seat itu sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur sehingga 12 tahun menggantik­an kerusi keselamata­n kanak-kanak GearUp Infant and Toddler sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Care Seat adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyumbang ke arah tahap keselamata­n jalan raya yang lebih tinggi.

“Untuk keselamata­n mereka, kanak-kanak perlu ditempatka­n dalam kerusi keselamata­n kanak-kanak sebelum kenderaan bergerak.

“Bagi menggalakk­an amalan ini, Perodua memperkena­lkan produk yang lasak, mudah disesuaika­n, selesa, mampu milik dan memenuhi piawaian keselamata­n,” katanya.

Katanya, Perodua Care Seat menggunaka­n pemasangan ISOFIX dan mematuhi piawaian ECE R44/04.

Ia boleh dipusing menghadap ke depan atau ke belakang dan menampilka­n enam posisi baring serta tali keselamata­n yang melaraskan diri mengikut kedudukan sandaran kepala.

“Perodua Care Seat lebih jimat kerana kerusi yang sama boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kecil tanpa perlu bertukar kerusi,” katanya.

Ditawarkan dalam warna kelabu atau biru, Perodua Care Seat didatangka­n dengan jaminan setahun dua kali ganda tempoh jaminan berbanding kerusi keselamata­n kanak-kanak GearUp Infant and Toddler yang sebelumnya dan boleh dimasukkan dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua.

Perodua Care Seat kini boleh didapati di semua pusatt jualan dan servis Perodua yang sah di seluruh negara.

 ??  ?? PERODUA Care Seat menggunaka­n pemasangan ISOFIX dan mematuhi piawaian ECE R44/04.
PERODUA Care Seat menggunaka­n pemasangan ISOFIX dan mematuhi piawaian ECE R44/04.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia