Harian Metro

Mitsubishi catat jualan bulanan tertinggi

-

Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi Motors di Malaysia merekodkan prestasi jualan bulanan tertinggi dalam sejarah apabila menjual 1,872 unit pada April lalu.

MMM dalam satu kenyataan berkata, prestasi jualan bagi bulan dikaji adalah kesinambun­gan momentum sejak Januari lalu dan mengukuhka­n kedudukan antara tiga jenama utama dalam segmen bukan jenama nasional bagi empat bulan berturut-turut.

“Model Mitsubishi XPANDER terus mendominas­i segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional sejak Januari lalu dan terus mencatatka­n jumlah jualan kukuh dengan lebih 10,000 unit ditempah sejak dilancarka­n pada November tahun lalu.

“Bagi bulan dikaji, XPANDER menyumbang 982 unit merangkumi 52 peratus daripada jualan keseluruha­n April. MMM sudah menyerahka­n 3,800 unit kepada pembeli di seluruh negara,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, prestasi jualan XPANDER yang kekal positif dengan permintaan ke atas model itu mendahului jumlah unit yang dibekalkan.

“Walaupun berdepan cabaran susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau PKP Bersyarat (PKPB), kami akan meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan kukuh XPANDER dengan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan dalam masa sama mengekalka­n kualiti produk pada tahap tertinggi,” katanya.

Sementara itu, trak pikap Mitsubishi Triton juga mengekalka­n penguasaan pasaran yang kukuh iaitu hampir 20 peratus dan kekal sebagai pilihan dalam segmen berkenaan.

MMM menjual 680 Triton pada April lalu dan menyerahka­n 142 Triton Athlete baharu kepada pelanggan.

“Walaupun terdapat penurunan dalam kebanyakan sektor ekonomi dan sentimen juga mula mempengaru­hi orang ramai akibat pandemik, kami lega melihat penjualan kami tetap optimis dan terus bergerak ke arah positif,” katanya.

 ??  ?? TOMOYUKI memaklumka­n Mitsubishi XPANDER terus mendominas­i segmen MPV.
TOMOYUKI memaklumka­n Mitsubishi XPANDER terus mendominas­i segmen MPV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia