Harian Metro

Hidup makan lumut, rumput

-

Salt Lake City: Bergantung hidup dengan makan lumut dan rumput setiap hari.

Itu ikhtiar dilakukan seorang wanita, 47, di Utah, Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.

Jabatan Sherif Utah mengesahka­n wanita itu ditemui tinggal dalam sebuah khemah di Uinta-Wasatch-Cache National Forest, Utah, Ahad lalu selepas sebuah dron yang mengesanny­a terhempas di kawasan berdekatan.

“Wanita ini kehilangan berat badan ketara dan sangat lemah, tetapi dia pandai mencari ikhtiar meneruskan hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa percaya wanita itu secara sukarela berpindah ke Diamond Fork Canyon dan bergantung kepada sedikit makanan yang dibawanya termasuk rumput dan lumut.

Dia juga dilaporkan mendapatka­n air dari sungai berhampira­n.

Jabatan Sherif Utah mula melakukan misi mencari dan menyelamat wanita itu pada November 2020 selepas pegawai Jabatan Hutan Amerika Syarikat menemui kenderaann­ya terdampar di kawasan tapak perkhemaha­n sebelum menggunaka­n dron mengesan wanita itu.

Wanita itu dihantar ke hospital berdekatan untuk melalui ujian kesihatan mental namun sukar kerana kemungkina­n wanita itu memilih kembali menetap di hutan itu.

“Dia kemungkina­n melalui cabaran kesihatan mental ketika tinggal dalam hutan.

“Kami ingin jelaskan, walaupun ramai orang memilih untuk tidak hidup seperti wanita ini namun wanita ini tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang,” kata jabatan itu dalam New York Post.

Misi cari dan menyelamat dilakukan pada November 2020

 ??  ?? WANITA yang hilang enam bulan lalu ditemui masih hidup dengan menetap dalam khemah di hutan Utah.
WANITA yang hilang enam bulan lalu ditemui masih hidup dengan menetap dalam khemah di hutan Utah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia