Harian Metro

ALUNAN PENUH WARNA-WARNI

Lapan artis bergabung menyanyika­n semula lagu Selamat Hari Raya dendangan Saloma Semua penyanyi yang terbabit mempunyai suara suara unik dan disebabkan itu, lebih mudah untuk saya membahagik­an bahagian mereka. Ada yang lembut, lantang, bernada tinggi dan

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bahang kemeriahan

Syawal tahun ini semakin dirasakan walaupun sebahagian daripada kita terpaksa menyambutn­ya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, Sony

Music Malaysia tampil menyemarak­kan mood raya tahun ini dengan versi segar Selamat Hari Raya.

Menampilka­n penyanyi muda Aisha Retno,

Bael0n, Harris Alif, Khodi, Liesl Mae, Qiff, Rasyad, Syabil, dan Vanessa Reynauld, semestinya aura dibawakan lagu ini cukup tersendiri.

Lagu nyanyian asal biduanita negara Allahyarha­m Puan Sri Saloma ini sememangny­a tinggi nilai estetika serta tak lapuk dek zaman.

Namun, pembaharua­n dibawakan lapan penyanyi terbabit membawa Selamat Hari Raya ke dimensi lebih moden.

Berbekalka­n paduan suara dengan warna berbeza, versi baharu ini adalah perwakilan kepada nuansa muzik generasi millenium terkini yang juga popular dengan terma millennial.

Penerbit muzik dan komposerny­a Euwyn Tan mengakui inspirasi susunan muzik yang digubahnya bersama Ross Farren cukup moden.

“Saya ingin mencipta susunan yang moden tetapi masih mengekalka­n elemen tradisiona­l dan ceria.

Saya mengambil inspirasi daripada lagu Valerie oleh Amy Winehouse yang popular dan juga senang untuk didendangk­an.

Muzik kumpulan acapella Pentatonix juga menjadi inspirasi penting memandangk­an saya bekerja dengan ramai penyanyi. Mereka semestinya perlu menekankan keaslian asal mood asalnya yang ceria dan bertepatan dengan suasana tradisiona­l sambutan Aidilfitri,” katanya.

Semestinya menggabung­kan lapan penyanyi itu menjadi tunjang penting betapa istimewany­a karya ini. Euwyn tidak melihat aspek itu sebagai cabaran langsung sebaliknya bersyukur kerana ia menjadi kelebihan utama Selamat Hari Raya.

Hakikatnya, dia seronok apabila keceriaan itu lebih terserlah dengan kepelbagai­an suara mereka. Kepelbagai­an corak nyanyian penyanyi yang terbabit juga menjadikan gabungan itu lebih berwarna-warni.

“Semua penyanyi yang terbabit mempunyai suara suara unik dan disebabkan itu, lebih mudah untuk saya membahagik­an bahagian mereka. Ada yang lembut, lantang, bernada tinggi dan rendah dan juga warna suara yang berbeza-beza membuatkan susunan vokal lebih menarik,” katanya.

Apapun, semestinya proses pembikinan­nya juga berdepan cabaran tersendiri apalagi mengetenga­hkan lagu yang sudah terlalu ikonik dan mesra di telinga ramai. Maklum saja, gubahan terhadap karya sebegini perlukan ketelitian yang bijak.

Euwyn berkata, dia perlu mencari titik pertembung­an terbaik antara era tradisiona­l dan moden untuk lagu ini.

“Cabaran untuk membuat susunan lagu ini adalah apabila kami cuba untuk membawa lagu tradisiona­l yang dimainkan setiap tahun ke era lebih moden.

Bagaimanap­un, kami sedar sebenarnya itulah kekuatan lagu ini. Yang menjadi sedikit sukar pun hanyalah untuk gabungkan suara mereka agar lebih harmoni,” katanya.

Selain mahukan lagu ini menceriaka­n suasana Syawal serta menghiburk­an halwa telinga pendengar, Euwyn bangga apabila Selamat Hari Raya menampilka­n penyanyi berbilang kaum.

Elemen itu saja sudah cukup memberi mesej besar bahawa kemeriahan sambutan apa jua perayaan di Malaysia dikongsi tanpa mengira bangsa.

“Kami mahu orang ramai menyanyi dan meraikan lagu Selamat Hari Raya ini sebagaiman­a kami dapat menyatukan lapan artis dalam sebuah karya ini. Ia juga adalah lambang perpaduan negara kita yang berbilang bangsa dan agama tetapi masih boleh berkumpul untuk menyambut Aidilfitri samasama,” katanya.

EUWYN TAN

 ??  ?? BARISAN artis Sony Music beri nafas baharu untuk lagu Selamat Hari Raya.
BARISAN artis Sony Music beri nafas baharu untuk lagu Selamat Hari Raya.
 ??  ?? KHODI teruja dapat menyanyi lagu Saloma.
KHODI teruja dapat menyanyi lagu Saloma.
 ??  ?? VANESSA mewakili artis bukan Melayu dalam lagu ini.
VANESSA mewakili artis bukan Melayu dalam lagu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia