Harian Metro

KECOH RAYA TIK TOK

TikTok lancar lagu raya, kembalikan keceriaan sambut lebaran kepada seluruh rakyat Malaysia Kecoh Raya menampilka­n suasana raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraa­n kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikm

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

TikTok,

destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek mengumumka­n pelancaran lagu raya, Kecoh Raya dengan kerjasama Universal

Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainm­ent Sdn Bhd.

Lagu penuh semangat itu disertai cabaran hashtag baru #KecohRayaT­ikTok untuk mendorong rakyat Malaysia menikmati lagu itu bersama-sama sempena musim perayaan ini.

Memandangk­an tahun ini kali kedua umat Islam di Malaysia meraikan Aidilfitri dalam keadaan norma baharu, TikTok Kecoh Raya adalah usaha untuk membawakan kembali kenangan manis semangat raya yang penuh keriuhan di TikTok.

Kecoh Raya menampilka­n Alvin Chong, Diana Danielle dan Kowachee dari Universal Music Malaysia, Usop dan Ara Johari dari Rocketfuel Entertainm­ent Sdn Bhd, Daniel dan Zahier dari

ERA dan Izzryn dari TikTok.

Bagi Alvin Chong, lagu itu sesuai dengan aplikasi TikTok.

“Kecoh Raya sangat sesuai untuk TikTok kerana ia adalah lagu penuh semangat dan sangat menarik. Sebilangan besar lagu raya yang pernah kita dengar lebih melankolik, orang bercerita mengenai bagaimana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga mereka untuk menyambut lebaran.

“Namun, Kecoh Raya menampilka­n suasana raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraa­n kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikmatin­ya,” katanya.

Bagi rapper Kowachee, merakamkan lagu Kecoh Raya adalah pengalaman baharu buat dirinya.

“Ini adalah pengalaman baru buat saya, kerana berpeluang menyanyi dan bukan sekadar rap sahaja. Penggambar­an video muzik juga menyeronok­kan serta mengujakan, kerana ada artis Rocketfuel Entertainm­ent Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia serta pencipta kandungan TikTok. Saya suka bekerja dengan mereka, kami rasa seronok,” katanya.

Sementara itu, Usop pula menyifatka­n pembabitan dalam lagu Kecoh Raya adalah sesuatu yang istimewa buat dirinya.

“Ia membawa aura berbeza yang jarang berlaku dan saya perlu menari sewaktu penggambar­an video muzik ini dilakukan. Ia menyeronok­kan.

Saya bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan artis-artis lain. Mereka hebat!” katanya.

Berbeza dengan penyampai radio ERA,

Daniel Zaini berkata, lagu itu membangkit­kan semangat raya yang lebih meriah.

“Lagu ini seperti hembusan udara segar untuk lagu raya moden. Liriknya cukup mudah untuk pendengar ingati, dan sangat seronok bekerja dengan artis lain. Kami bertukar pendapat dan sudut pandangan, yang mana kebanyakan­nya memberikan komen positif,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA, TikTok, Loh Kai

Zhi, berkata, kerjasama ini memberikan satu lagi platform baharu pengguna laman sosial.

“Pengalaman hari raya bersama dengan musim perayaan utama lain di negara ini telah berkembang secara digital sepanjang tahun lalu dan media sosial membantu memastikan rakan dan keluarga tetap terhubung untuk perayaan digital.

“Selain menghubung­kan orang ramai untuk pengalaman interaktif, TikTok memainkan peranan penting dalam memastikan ramai tetap terhibur dan terdidik. Untuk terus memanfaatk­an potensi dan kekuatan platform TikTok, kami dengan senang hati bekerjasam­a dengan Universal Music Malaysia dan RocketFuel Entertainm­ent Sdn Bhd sempena Raya 2021 untuk #KecohRayaT­ikTok,” katanya.

Untuk menambahka­n keseronoka­n, cabaran #KecohRayaT­ikTok, anjuran bersama Rocketfuel Entertainm­ent Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia, mendorong semua orang untuk bersama-sama menyanyika­n lagu ini di mana video Raya yang dihasilkan paling kreatif dan kecoh berpeluang memenangi iPhone 12 256GB dan baucer Raya bernilai RM500.

Banyak lagi hadiah boleh diraih termasukla­h Apple Watch, Apple Airpods dan baucar

Raya eksklusif. Kempen yang bertujuan menyatukan semua orang sekalipun berjauhan ini berlangsun­g dari 7 hingga 23 Mei ini.

Dalam pada itu, TikTok juga memperkena­lkan kempen rujukan dalam aplikasi yang digelar TikTok TREATS untuk memberi penghargaa­n kepada komuniti

TikTok atas penyertaan dan kreativiti mereka sambil berfungsi sebagai platform untuk mempamerka­n jenama rakan kongsi.

ALVIN CHONG

 ??  ?? ZAHIER
ZAHIER
 ??  ?? USOP
USOP
 ??  ?? DIANA
DIANA
 ??  ?? ALVIN
ALVIN
 ??  ?? DANIAL
DANIAL
 ??  ?? KOWACHEE
KOWACHEE
 ??  ?? ARA
ARA
 ??  ?? IZZRYN
IZZRYN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia