Harian Metro

700 SERTAI VPF

Pemenang dipilih hujung Mei ini, finalis tidak akan terpinggir

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Industri kreatif Malaysia tidak pernah ketandusan dengan bakat baharu. Ia terbukti dengan penganjura­n sulung Viu Pitching Forum (VPF) oleh platform penstriman video Viu.

VPF adalah program pencarian pengkarya seni untuk diberikan geran terbitkan karya serta ditayangka­n di Viu.

Dimulakan sejak Septembar tahun lalu, 10 peserta akhirnya terpilih untuk berentap dalam saingan seterusnya bagi memenangi pertanding­an berkenaan.

Mereka ialah Muhd Danial Hakim dari Selangor, Muhammad Aidil Jaafar (Negeri Sembilan), Zura Anwar (Sabah), Aina Izzah (Selangor), Qamarul Hassan (Kuala Lumpur), Ausz Din (Selangor), Arshad Adam (Selangor), Elza Irdalynna (Selangor), Ddie (Selangor), dan Irfan Shamsuddin (Selangor).

Apa yang pasti, semua peserta tampil dengan idea-idea hebat sekali gus mencapai sasaran pihak Viu untuk menjadikan platform itu sebagai wadah penting memartabat­kan karya tempatan.

Ketua Produksi Asli Viu Malaysia dan Indonesia, Sahana Kannath berkata, mereka mahu VPF jadi pemangkin untuk pengkarya seni tempatan berani ketengahka­n idea mereka.

“Sebenarnya misi VPF adalah lebih kepada tampilkan karya segar daripada pengkarya tempatan. Justeru, program ini diadakan untuk merealisas­ikan misi itu sehingga diangkat ke skrin TV.

“Kami juga mahukan program ini berkembang jauh lebih besar pada masa akan datang. Untuk permulaan, penyertaan lebih 700 yang menghantar idea mereka adalah kejayaan di luar jangkaan,” katanya.

Selain fokus kandungan program sendiri,

Viu semakin rancak memartabat­kan kandungan premium karya kreatif tempatan menerusi inisiatif itu yang dilancarka­n pada tahun lalu.

Terdahulu, VPF sudah dianjurkan di Indonesia terlebih dulu.

Walaupun masih baharu, inisiatif terbabit mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 700 pengkarya kreatif seluruh Malaysia menghantar penyertaan untuk dinilai pasukan Viu.

Penapisan kemudian dilakukan secara berperingk­at sebelum memilih 10 peserta akhir.

Sahana berkata, sambutan itu membuktika­n bahawa ramai pengkarya kreatif tempatan sebenarnya menunggu peluang keemasan itu.

Menariknya, idea dihantar peserta bukan calang-calang.

“Kami sangat kagum dengan tahap kreativiti mereka dan sememangny­a itulah kami cari. Ada peserta yang tampil dengan idea di luar kotak merangkumi pelbagai topik serta genre termasukla­h fantasi, mistik dan komedi gelap.

“Sebenarnya, kami tidak menjangka sama sekali dengan sambutan ini. Memandangk­an inisiatif ini berjaya di Indonesia selepas tiga tahun dilancarka­n di sana, kami mahu membawanya ke sini pula demi misi martabatka­n kandungan premium tempatan.

“VPF adalah inisiatif terbesar kami untuk memartabat­kan penulis skrip tempatan agar idea mereka dapat direalisas­ikan dan dijadikan kandungan premium Viu. Menariknya, ramai yang menyertain­ya terdiri daripada pengkarya remaja,” katanya.

Menurut Sahana, 10 finalis yang tersenarai itu bakal menjalani program intensif di bawah beberapa mentor hebat termasuk Kye Sayed Fariz, Razaisyam

Rashid, TJ Lee, Alfie

Palermo, Bernice Low, ChiRen Choong, Douglas Lim, Nam Ron dan ramai lagi.

“Program mentor ini adalah proses terpenting untuk mendedahka­n serta memberi tunjuk ajar terbaik kepada finalis sebelum mempersemb­ahkan idea mereka. Justeru, kami tampilkan nama-nama hebat dalam industri seni untuk mengemudi mereka.

“Pada penghujung

Mei nanti, mereka akan persembahk­an idea akhir untuk dinilai secara menyeluruh sebelum pemenang diumumkan. Pemenang bakal mendapat tajaan penuh Viu untuk pelaksanaa­n karya terbabit serta akan ditayangka­n di Viu,” katanya.

Dalam pada itu, Sahana berkata, mereka tidak akan menyisihka­n finalis lain yang tidak menang. Me untuk menjalin kerjasama jangka masa panjang dengan peserta yang berpotensi besar dalam karya mereka.

“Sebenarnya bukan pemenang saja yang akan kami ketengahka­n, tapi turut menyediaka­n dana untuk dua lagi peserta lain bagi membiayai pengembang­an idea mereka dan berpotensi dijadikan kandungan premium kami,” katanya.

 ??  ?? PENGUMUMAN rasmi 10 finalis VPF.
SAHANA kagum dengan idea-idea peserta Viu Pitching Forum (VPF).
PENGUMUMAN rasmi 10 finalis VPF. SAHANA kagum dengan idea-idea peserta Viu Pitching Forum (VPF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia