Harian Metro

RUMAH UMPAMA GALERI

Wanita bertuah dapat penuhi hiasan kediaman hasil kreativiti suami

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Kebiasaan,

pemilik kediaman baru akan berasa teruja menghias kediaman mengikut konsep impian dengan perabot dan aksesori hiasan dibeli di pasaran.

Berbeza bagi Usahawan Durian Crepe Nur Akhira Abd Latif, 32, ini apabila segenap ruang dalam kediaman baru dihuni bersama keluargany­a di Kuantan, Pahang dilengkapi dengan perabot dihasilkan sendiri suami tercinta, Mohd Shahrizal Mohd Yusof, 36.

Meneliti hasil kerja pasangan Nur Akhira di kediaman berkeluasa­n lebih 1,000 meter persegi itu, suasana tidak ubah seperti sebuah galeri apabila menampilka­n perabot menggunaka­n pelbagai jenis kayu.

Menurut Nur Akhira, projek pertama dimulakan ketika mula-mula masuk kediaman semi- D setingkat itu, ruang dapur menjadi keutamaan menerusi kabinet dapur meliputi segenap ruang sesuai dengan konsep idaman iaitu kontempora­ri kayu seperti sering dilihat pada konsep kediaman rumah gaya Inggeris atau Skandinavi­a.

“Suami sudah memulakan hobi bertukang sejak 2015 bermula dengan perabot kecil seperti meja makan, rak kasut atau meja kopi. Dia pernah juga menjual hasil kerjanya tetapi hanya dalam ruang lingkup keluarga dan kenalan terdekat.

“Apabila kami berpindah ke rumah sendiri pada 2017, saya buat permintaan kepada suami untuk dia hasilkan kabinet dapur lengkap dengan ruang penyimpana­n semua peralatan elektrik sehinggala­h kepada barangan dapur.

“Dia sanggup cuti selama sebulan bagi menyiapkan projek kabinet dapur. Menarik apabila dihasilkan sendiri atau ‘customkan’ kabinet dapur, semua kemasan dan perincian termasukla­h ruang bagi meletakkan tong sampah dihasilkan dalam set kabinet berkenaan,” katanya.

 ?? FOTO | IHSAN NUR AKHIRA ABD LATIF ?? DAPUR impian yang direalisas­ikan oleh suami, Nur Akhira menggunaka­n kayu pine.
FOTO | IHSAN NUR AKHIRA ABD LATIF DAPUR impian yang direalisas­ikan oleh suami, Nur Akhira menggunaka­n kayu pine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia