Harian Metro

KONSEP KONTEMPORA­RI KAYU

Suami sanggup ambil cuti sebulan untuk siapkan rekaan idaman pasangan

-

Tambah Nur Akhira, meskipun kediaman sendiri itu jenis berlaman, namun ruang dalam begitu terhad terutama dapur yang agak sempit menyebabka­n dia memilih konsep dekorasi ruang terbuka.

“Sebaik pindah, ruang terutama dapur tidak begitu memenuhi keperluan saya yang berniaga dan memerlukan ruang bagi kerja memasak. Jadi, saya letakkan dalam senarai rekaan kabinet dihasilkan suami supaya ada ruang penyimpana­n yang mencukupi bagi meletakkan semua barang berniaga termasukla­h perkakas dapur.

“Lebih penting ruang penyimpana­n itu bertutup supaya saya dapat uruskan dapur dengan baik meskipun ketika sibuk dengan aktiviti perniagaan produk makanan dan dalam masa sama menyediaka­n sajian untuk keluarga,” katanya.

Kabinet dapur itu turut mempunyai perincian tempat penyimpana­n sos, herba dan rempah. Serentak dengan projek kabinet, suaminya sempat menyiapkan kabinet televisyen untuk ruang tamu.

Tambah Nur Akhira lagi, biarpun suaminya itu melakukan kerja pertukanga­n perabot sebagai hobi, kekemasan dan mutu dalam pembuatan kerja menjadi keutamaan apatah lagi digunakan dalam kediaman sendiri.

“Suami tidak pernah mengikuti sebarang kelas formal dan dia bertukang bagi mengisi masa lapang. Namun pengetahua­n mengenai kayu cukup luas kerana bekerja dengan Jabatan Perhutanan. Jadi dia tidak sukar hendak tahu kesesuaian kayu bagi pembuatan perabot tertentu.

“Ada perabot menggunaka­n kayu pain dan sebahagian menggunaka­n kayu tempatan seperti keruing. Dia menghasilk­an semua perabot ini dalam salah satu bilik dalam rumah ini yang sudah diubah menjadi bengkel pertukanga­n.

“Buat saya percaya dan kagum dengan hasil kerja suami ialah dia ini seorang yang sangat teliti dan cerewet. Kalau tidak capai seperti dia inginkan, dia sanggup buka satu persatu semula perabot sehingga puas hati. Itu yang buat kami serasi dalam citarasa perabot dalam ruang dalam rumah ini,” katanya.

Menyentuh kepada konsep keseluruha­n perabot atau dekorasi, ibu dua cahaya mata lelaki itu lebih suka merujuk aplikasi atau laman sesawang yang menampilka­n tatarias ruang kediaman dari luar negara.

“Saya ini minat dengan gaya orang Barat menghias kediaman mereka. Biasanya mereka gemar ruang terbuka tetapi kemas dan ringkas sesuai dengan cita rasa saya yang sukakan sesuatu nampak tersusun selain tidak serabut.

“Dengan lihat penggunaan perabot mereka, saya akan usulkan jenis perabot diinginkan dan anggaran saiz. Suami pula akan sesuaikan rekaan dan saiz mengikut kesesuaian ruang kerana dia lebih tahu estetika serta praktikali­ti setiap perabot apabila diletakkan pada ruang berkenaan.

“Sebagai contoh katil bilik tidur kelamin dihasilkan suami lebih besar berbading saiz katil king di pasaran kerana bilik tidur utama luas. Begitu juga dengan bangku atau sofa di ruang tamu.

“Saiz perabot untuk tetamu bersantai itu lebih besar kerana saya mahu fungsinya boleh menjadi tempat baring andai kami menerima keluarga yang memerlukan tempat tidur tambahan,” katanya.

Berkongsi kelebihan menghasilk­an perabot sendiri berbanding membeli atau menempah perabot, kata Nur Akhira, ia jauh lebih jimat dua hingga tiga kali ganda selain hasil atau kualiti yang diinginkan.

“Berdasarka­n pengalaman sejak kami masuk sehinggala­h sekarang, banyak penjimatan dan saya boleh kata dua hingga tiga kali ganda kalau beli perabot dengan kualiti atau perincian yang sama.

“Secara kasar bajet yang kami sudah dikeluarka­n untuk buat semua perabot dalam rumah ini dianggarka­n sekitar RM7,000 hingga ke RM8,000 membabitka­n RM5,000 kos kayu

“Kalaulah saya dan suami beli perabot, mungkin kos boleh cecah berbelas ribu paling kurang kerana kriteria seperti rekaan dan juga saiz terutama penggunaan material iaitu kayu tempatan bagi perabot tertentu boleh menjadi mahal,” katanya.

Selain perabot besar, pasangan Nur Akhira itu turut menghasilk­an aksesori seperti kemasan untuk cermin, tempat gantung kunci selain rak kasut yang ditempatka­n di luar rumah. Perancanga­n untuk projek raya pula, dia menantikan set meja bagi ruang laman atau anjung depan rumah bagi tetamu bersantai.

Secara kasar bajet yang kami sudah dikeluarka­n untuk buat semua perabot dalam rumah ini dianggarka­n sekitar RM7,000 hingga ke RM8,000 membabitka­n RM5,000 kos kayu NUR AKHIRA

 ??  ?? PERINCIAN cukup teliti.
PERINCIAN cukup teliti.
 ??  ?? SEPERTI rekaan dapur di luar negara apabila meja bar berbentuk L menjadi penanda sempadan antara dapur dengan ruang tamu.
SEPERTI rekaan dapur di luar negara apabila meja bar berbentuk L menjadi penanda sempadan antara dapur dengan ruang tamu.
 ??  ??
 ??  ?? KATIL bayi turut dibuat sendiri.
KATIL bayi turut dibuat sendiri.
 ??  ?? MEJA kopi dihasilkan pasangan Nur Akhira.
MEJA kopi dihasilkan pasangan Nur Akhira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia