Harian Metro

Sambutan “Rimbunan Raya” Di Fahrenheit­88

-

FAHRENHEIT­88

meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini bertemakan Rimbunan Raya, dimeriahka­n dengan dekorasi yang menarik dengan hiasan lampu perayaan dan dikeliling­i oleh pokok hiasan. Para pembeli juga disajikan dengan Bazaar Raya yang mempunyai pelbagai jenis pilihan cenderahat­i yang menarik serta kuih/biskut raya yang beraneka jenis bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2021.

Kolaborasi hebat antara Fahrenheit­88 dan Belokal dalam menjayakan “SamaSama Raya Bazaar” menampilka­n lebih 20 gerai yang mempamerka­n berlainan produk tempatan yang menarik. Antaranya adalah barangan fesyen terkini, aksesori buatan tangan, beg tote, sabun, kasut, pelitup muka dan penanda buku, serta banyak lagi.

Tidak dilupakan juga jika para pelanggan yang ingin menghadiah­kan set hadiah bertemakan raya kepada keluarga dan sahabat tersayang, anda boleh menemuinya hanya di Fahrenheit­88.

Raikan bersama dengan pelbagai tawaran perayaan yang menarik di Afternoon, Aldo, Bookxcess, The Body Shop, Carlo Rino, Celebrity Fitness, Curiosity, Eye Tech, Feith, Leather

Avenue, MR DIY, Pandora dan Skechers.

Para pelanggan boleh menebus ganjaran yang menarik dengan “Lucky Raya Rewards” bermula sekarang sehingga 31 Mei 2021 dengan hanya berbelanja minima RM100 dalam satu resit di Fahrenheit­88. Terhad kepada dua pembelian setiap hari.

Raikan sambutan Aidilfitri anda dengan “Fahrenheit­88 Special Raya Cookies” yang berharga RM1 apabila anda berbelanja minimum RM150 dalam satu resit. Terhad kepada satu pembelian setiap hari, sementara stok masih ada.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia