Harian Metro

CARI ILMU DI TURKI

Peluang sertai siri Jelajah Turki beri pengalaman buat pelumba TSC

-

Peluang menyertai siri Jelajah Turki di bulan Ramadan memberi pengalaman bermakna buat barisan pelumba Sapura Cycling Team (TSC).

Malah kejohanan dari 11 hingga 18 April itu adalah yang pertama buat barisan pelumba TSC selepas lebih setahun tidak menyertai sebarang pertanding­an berikutan pandemik Covid-19.

Justeru, Jelajah Turki menjadi kayu pengukur kemampuan barisan pelumbanya untuk TSC mencorakka­n perancanga­n seterusnya selepas ini.

Biarpun tiada pelumba menamatkan saingan di kedudukan podium, pengalaman yang diraih mereka cukup bermakna.

Pengurus pasukan, Sayuti Zahit berkata, keadaan dan suasana sejuk di negara itu juga menuntut dia bersama kru lain untuk berpuasa hingga 15 jam.

“Keadaan di Turki ketika ini musim sejuk. Mula berpuasa jam 4.45 pagi dan berbuka jam 7.30 malam.

“Kebanyakan rakyat Turki adalah sekular. Tiada paksaan untuk berpuasa dan boleh memilih untuk berpuasa atau tidak.

“Memang seronok dapat merasai pengalaman di sini. Suasana memang berbeza. Tiada bazar Ramadan, yang ada cuma kedai kebab saja.

“Untuk keselamata­n pelumba yang akan beraksi hari-hari seterusnya, kami memilih untuk makan di hotel penginapan saja. Tapi untuk tambahan kami beli kebab dan baklava saja,” katanya.

Katanya, ada kelainan dari segi rasa masakan, tapi rasanya tetap enak buat mereka yang kali pertama merasainya.

TSC membariska­n tiga pelumba tempatan terdiri daripada juara ujian masa kebangsaan Aiman Rosli, Akmal Hakim dan Zawawi

Azman bersama empat pelumba import, Danilo Celano (juara jersi kuning LTdL 2020), Cristian Raileanu, Jesse Ewart dan Ahmet Orken di Jelajah Turki.

Mengulas mengenai prestasi pelumba tempatan, Sayuti berkata, ketiga-tiga pelumba mempamerka­n aksi membanggak­an.

“Untuk pelumba tempatan, Aiman menunjukka­n prestasi yang membanggak­an biarpun masih muda.

“Keberanian dia melakukan pecahan dan meraih mata di zon pecut dan pendakian boleh dipuji. Perlu diingat, perlumbaan Jelajah Turki ini tinggi berbanding di Asia dan pelumba yang hadir juga adalah bertaraf dunia,” katanya.

 ??  ?? AKSI pelumba TSC ketika menyertai siri Jelajah Turki.
AKSI pelumba TSC ketika menyertai siri Jelajah Turki.
 ??  ?? PELUMBA TSC meraih pengalaman bermakna walaupun tiada pelumba menamatkan saingan di kedudukan podium.
PELUMBA TSC meraih pengalaman bermakna walaupun tiada pelumba menamatkan saingan di kedudukan podium.
 ??  ?? ANTARA juadah disediakan.
ANTARA juadah disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia