Harian Metro

Derita Jun Hoong terubat

-

Kuala Lumpur: Tempoh perjalanan yang sukar buat penerjun negara, Cheong Jun Hoong akhirnya terubat dengan kejayaanny­a melayakkan diri ke temasya Olimpik Tokyo Julai ini.

Kejayaan itu dilihat amat bermakna buat penerjun berusia 31 tahun dari Perak itu dengan dia mengucapka­n terima kasih kepada semua yang percaya akan kemampuann­ya dan tidak putus memberi sokongan selepas melalui tempoh sukar.

“Jalan akan sentiasa penuh dengan rintangan, tapi saya akan terus berjalan, terus belajar, kembali selepas jatuh dan akan berusaha lebih keras lagi.

“Kepada semua yang menyokong dan percaya kepada kemampuan saya, Terima kasih. Ucapan tahniah dan mesej yang anda semua berikan amat bermakna buat saya.

“Saya juga sangat bersyukur mempunyai jurulatih seperti Yang Zhuliang yang melatih saya sepanjang tempoh ini,” katanya yang mengakui kecewa kerana gagal ke pentas akhir acara itu.

Skuad terjun negara menamatkan saingan Kejohanan Terjun Piala Dunia Fina di Jepun dengan kejayaan meraih satu emas menerusi Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform. Dua penerjun negara itu menjadi sandaran utama buat negara menguasai pentas Olimpik Tokyo Julai ini.

Di sebalik kejayaan Pandelela dan Jun Hoong, kem negara seharusnya perlu mengkaji semula punca kegagalan skuad lelaki negara.

Tiada seorangpun berjaya layak ke Olimpik selepas empat tahun lalu Malaysia mempunyai dua wakil iaitu Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman.

“Ucapan tahniah dan mesej yang anda semua berikan amat bermakna buat saya

Jun Hoong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia