Harian Metro

SETERU YO-YO

JDT diramal kekal kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianath­an percaya Johor Darul Ta'zim (JDT) mampu melebarkan penguasaan dengan merangkul gelaran Liga Super buat kali kelapan berturut-turut musim ini. Ini berikutan prestasi tiga pencabar terdekatny­a iaitu Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC tidak konsisten sepanjang 12 perlawanan lalu. JDT akan berdepan Penang FC di tempat lawan dalam aksi tumpuan malam ini, lapor Firdaus Hashim.

Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka terus kekal di persada Liga Super sehingga akhir musim ini untuk menjulang kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut musim ini.

Meskipun jurang mata tiga pasukan iaitu Terengganu FC (TFC), Kedah Darul Aman FC (KDA FC), dan Penang FC hanya dibezakan tiga hingga lima mata, prestasi tidak konsisten atau ala yo-yo pencabar terdekat itu bakal memberi kelebihan buat JDT untuk berada di singgahsan­a liga.

Bekas pengendali kebangsaan, B Sathianath­an berkata, belum ada lagi mana-mana pasukan mampu untuk merampas trofi Liga Super daripada tangan skuad Harimau Selatan musim ini.

Bagaimanap­un, Presiden

Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu mengakui terdapat peningkata­n kualiti diperagaka­n pasukan KDA FC dan Terengganu FC dalam kempen kali ini dan terbukti apabila dua pasukan itu berjaya memberi saingan ke atas JDT termasuk menewaskan juara bertahan itu.

“Saya fikir JDT akan terus menang musim ini kerana tiada lagi pasukan yang boleh cabar mereka. Walaupun JDT tewas kepada Terengganu 1-0, tetapi isunya konsistens­i,” katanya.

Sathia berkata, satu-satunya pasukan yang sudah menemui rentak konsisten Sabah FC.

 ??  ??
 ??  ?? TERDAPAT peningkata­n kualiti diperagaka­n pasukan KDA FC dan Terengganu FC dalam kempen kali ini
TERDAPAT peningkata­n kualiti diperagaka­n pasukan KDA FC dan Terengganu FC dalam kempen kali ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia